Tiga Calon Jentera Tengah Berpotensi Menggantikan Pobga Sekiranya Dia Meninggalkan Manchester United

Sehingga berita ini ditulis , rundingan tandatangan kontrak baru Paul Pogba masih lagi belum selesai kerana pemain tengah Perancis ini dikatakan menolak terma-terma yang terkandung dalam kontrak barunya itu.

Bekas pemain Juventus yang berpindah ke Old Trafford dengan yuran perpindahan termahal 89 juta euro pada tahun 2016 telah memasuki tahun akhir kontrak semasanya dan seandainya Pogba terus menolak kontrak baharu , kelab berkenaan terpaksa menjualnya pada musim panas ini atau beliau boleh pergi secara percuma ke kelab lain pada tahun hadapan.

Spekulasi kontrak Pogba dan Manchester United menarik perhatian kelab gergasi dari Perancis , Paris Saint Germany (PSG) yang sedang tunggu dan lihat situasi di antara kedua belah pihak dan mereka akan mencuba membuat tawaran pembelian terhadap pemain kebangsaan Perancis itu.

Bagaimanapun , bos Manchester United Solksjaer  menafikan spekulasi Pogba yang di war-warkan oleh pihak media.

“ Semenjak Pogba di sini , dia menunjukkan sikap professionalnya dan sentiasa bersedia untuk memberikan segala-galanya kepada pasukan dan dia akan kekal di sini untuk masa yang panjang”.

“ Rundingan sedang dijalankan di antara kedua belah wakil (ejen Pogba dan pengurusan kelab.) dan apa yang saya dengar Pogba bergerak ke hadapan bersama kelab.” ujar pengurus Norway yang juga telah menandatangani kontrak baharu.

Pada Oktober tahun lalu , Paul Pogba telah menyatakan bahawa beliau masih seorang pemain Red Devils dan akan berusaha untuk mengembalikan kegemilangan Manchester United di peringkat tertinggi.

Tetapi sekiranya Paul Pogba mengubah fikiran dan mengangkat kaki keluar daripada Manchester United , apakah pilihan yang ada oleh kelab ini untuk menggantikan pemain berkenaan yang setara dengannya.

Ini tiga pemain yang mampu mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan olehnya.

1. Donny van De Beek

Pemain kebangsaan Belanda ini sudah pasti boleh menarik lafaz lega untuk merebut peluangnya di kesebelasan utama pasukan Ole Gunnar Solksjaer tanpa Pogba.

Van de Beek yang dibeli dari Ajax Amrsterdam pada musim lalu sekadar banyak menghabiskan masa di bangku simpanan boleh menjadi pilihan utama oleh Solksjaer pada musim hadapan.

Pemain berusia 25 tahun ini tidak dapat menjelmakan prestasi yang di tahap yang terbaik kerana dia terpaksa mengalah kepada Bruno Fernandes dan Pogba dan terpaksa bersaing dengan Scott Mc Tominay dan Fred di kesebelasan utama pada musim lepas.

Ole Solksjaer juga mesti memberikan Van De Beek peluang yang sepenuhnya agar boleh mencapai prestasinya yang setara semasa dia mewakili kelab lamanya dahulu.

2. Saul Niguez

Nama pemain tengah Atletico Madrid ini tiba-tiba hangat diperkatakan di dalam media. Beberapa laporan menyebut bahawa rundingan dengan kelab Barcelona FC gagal dimuktamadkan ekoran gagal mencapai kata sepakatan dan Niguez bersedia untuk beralih angin ke liga Inggeris.

Pemain berusia 26 tahun ini juga turut dipikat oleh Liverpool selepas Xerdan Shaqiri mahu meninggalkan kelab itu dengan segera dan mereka berusaha menghubungi ejen berkenaan untuk memulakan rundingan segera.

Thomas Tuchel juga mahukan pemain ini dan Chelsea juga turut dalam perlumbaan dalam mendapatkan pemain berkenaan.

Saul Niguez merupakan tonggak utama pasukan Diego Simone pada musim lepas yang membantu kelab berkenaan menjadi juara baru La Liga 2020/2021.

Five matches that won Atletico Madrid La Liga, Football News & Top Stories - The Straits Times

Statistik permainan Niguez juga agak baik dan dia juga boleh memberikan gol kepada kelabnya.

3. Ruben Neves

Pemain Wolves ini boleh diyakinkan oleh rakan sepasukan kebangsaan Portugal iaitu Bruno Fernandes untuk menyertai Manchester United pada musim baharu.

Neves yang telah bermain dengan Wolves semenjak tahun 2017 tidak menolak kemungkinan untuk berpindah ke Old Trafford seandainya kelab itu benar-benar mahukannya.

Pemain yang bermain di posisi tengah bertahan ini antara pemain yang sentiasa berada dalam kesebelasan utama Wolverhampton Wanderes yang membantu pasukan ini daripada tergelincir ke liga divisyen satu pada musim lepas.

Kelebihan mampu menjaringkan gol di luar kotak penalti membuktikan bahawa dia seorang pemain yang sangat berbahaya berdasarkan statistiknya di kelab semasanya pada musim lepas.

Penutup

Tiada tawaran rasmi yang dilakukan oleh kelab Manchester United setakat ini untuk kedua-dua pemain Saul Niguez dan Raul Neves. Bagaimanapun mereka masih lagi memburu dua pemain untuk posisi tengah dan bek walaupun telah berjaya mendapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund dan Raphael Varane Real Madrid.

Solksjaer masih optimis dengan pemain tengah yang sedia ada seperti Fred dan Mc Tomminay tetapi beliau merasakan harus mencari pemain tengah yang setaraf dengan Pogba sekiranya memutuskan untuk meninggalkan kelab itu.

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email