Meskipun sukan angkat berat Malaysia terpalit dengan isu penggunaan dadah terlarang , tiga atlet muda telah berjaya menempa nama sebagai pemenang pingat di Kejohanan IWF Championship 2021 yang berlangsung di Tashkent , Uzbekistan yang telah pun bermula pada 07 sehingga 17 Disember 2021.
Mohamad Aniq bin Kasdan telah memenangi pingat perak ‘Clean and Jerk’ dalam kategori 55 kilogram. Anak muda yang berasal dari Paya Besar , Segamat Johor telah berjaya dengan jumlah keseluruhan angkatan 249kg ( Snatch =107kg , clean & jerk = 142kg)
🏋 Weightlifting | 2021 IWF World Championships – Tashkent, UZB
◾ Congratulations to Mohamad Aniq Bin Kasdan of Malaysia 🇲🇾 for winning 🥈 silver medal in the Clean & Jerk category of Men's 55kg event! His total lift is 249kg (Snatch = 107kg & Clean&Jerk = 142kg). pic.twitter.com/IjSuH8JfqL— SEA Sports News (@sea_sports_news) December 7, 2021
Presiden Persatuan Angkat Berat (PABM) Malaysia berkata , kejayaan Mohamad Aniq Kasdan adalah merupakan satu sejarah baharu untuk sukan angkat berat Malaysia.
Ini merupakan rekod untuk atlit yang baru berusia 19 tahun meraih pingat dalam kejohanan dunia angkat berat dalam kategori 55kg , tersenarai pada kedudukan lima terbaik di dunia serta memecahkan rekod kebangsaan milik Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad
Aniq Kasdan cipta sejarah baru untuk Malaysia! Atlet angkat berat berusia 19 tahun ini menjadi atlet negara pertama meraih pingat di World Weightlifting Championships. Angkatan seberat 142kg untuk pingat Perak Men's 55kg Clean & Jerk. #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/SwhVJSZqPm
— Team Malaysia (@TeamMsia) December 8, 2021
Seorang lagi atlit kebangsaan , Aznil Bidin juga mencipta kejayaan manis apabila mendapat tempat pertama sekaligus meraih emas bagi kategori 61kg dengan jumlah angkatan 273kg bagi kejohanan kelayakan Sukan Komanwel di Birmingham tahun hadapan.
Negaraku 🇲🇾 sekali lagi berkumandang di Uzbekistan 🇺🇿! Atlet angkat berat negara, Aznil Bidin meraih tempat pertama bagi Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel dengan angkatan keseluruhan 273kg kategori Men's 61kg. Steady! #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/m9R9tQuX2J
— Team Malaysia (@TeamMsia) December 10, 2021
Bagi kategori 73kilogram , Muhammad Erry Hidayat juga menyinar dan membanggakan negara setelah turut berjaya merangkul pingat perak di kejohanan yang sama malam tadi.
Penutup yang baik daripada altet angkat berat negara dengan penambahan pingat Perak 🥈 di Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel.
Kali ini menerusi Erry Hidayat (tengah) yang meraih angkatan keseluruhan 301kg bagi kategori Men's 72kg. Syabas, Erry! #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/L4TVLxwNLJ
— Team Malaysia (@TeamMsia) December 11, 2021
Anak kepada pemenang pingat emas sukan Komanwel 1998 Kuala Lumpur , Hidayat Hamidon telah berjaya dengan jumlah angkatan keseluruhan 301kg dalam kategori 72kg lelaki.
🏋 Weightlifting | 2021 IWF World Championships – Tashkent, UZB
◾ Muhammad Erry Hidayat of Malaysia 🇲🇾 lifted a total of 301kg (Snatch = 136kg & Clean&Jerk = 165kg) to finished 11th in Men's 73kg.📸 IWF Facebook Live pic.twitter.com/TCuPU2ffWU
— SEA Sports News (@sea_sports_news) December 10, 2021
Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata , persatuan berpuas hati dengan prestasi ketiga-tiga atlet yang telah ditampilkan di Tashken , Uzbekistan.
PABM fokus untuk sasaran Sukan Sea dan Sukan Komanwell pada tahun hadapan dan dengan kejayaan ini , ia menjadi motivasi kepada atlit untuk meraih kejayaan yang lain pada masa akan datang.