Tifo yang pernah dihasilkan oleh penyokong kelab bola sepak Johor Darul Taβzim (JDT) adalah antara tifo yang menarik perhatian laman bola sepak antarabangsa Transfermarkt.
Transfermarkt adalah laman sesawang yang aktif mengemaskini pergerakan dan perpindahan pemain merentasi benua, selain turut memberi anggaran nilai semasa pemain.
Dalam perkongsian melalui Instagram, satu tifo yang mempunyai gambaran panda dan juga Harimau yang dipaparkan kumpulan penyokong JDT yang dikenali sebagai Boys of Straits (BOS) turut berada di dalam senarai Transfermarkt sebagai tifo yang menarik perhatian dari serata dunia.
View this post on InstagramA post shared by Transfermarkt (@transfermarkt_official) on
Turut berada di dalam senarai adalah tifo yang pernah melakukan penampilan di Stadium Santiago Bernabeu, Orange Velodrome, dan Estadio Marcelo Bielsa, iaitu arena milik Newellβs Old Boys di Argentina.
Tiga stadium lain yang turut dikongsi oleh Transfermarkt adalah Estadio Da Luz, arena milik Benfica, dan juga De Kuip, iaitu stadium milik Feyenoord.
Tifo yang dipaparkan oleh Transfermarkt dihasilkan oleh BOS ketika JDT masih menggunakan Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos sebagai gelanggang rasmi.
Ok lahβ¦. 3 mata gak,Terima kasih semua yang menjayakan malam niβ¦!#MSL2020#BOSFAMILIA
Posted by Boys Of Straits onΒ Saturday, 7 March 2020
Pada musim ini, JDT telah berpindah ke Stadium Sultan Ibrahim β stadium moden serba baharu β yang menjadi mercu tanda kebanggaan bola sepak negeri Johor.
Sehingga saingan ditangguhkan akibat penularan wabak global tempoh hari, JDT masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah beraksi di stadium baharu tersebut.
Sudah tentu kita turut ternanti-nanti lebih banyak kreativiti dan penghasilan tifo menarik dari BOS pada masa akan datang.
Β