Tidak Mahu Kalah Kim Pan-gon Mahu Anak Buah Pungut Tujuh Mata Layak Ke Piala Asia 2023

Pada malam ini adalah perlawanan yang sangat ditunggu oleh penyokong setia Harimau Malaya dalam kempen pusingan kelayakan Piala Asia 2023 kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Turkemenistan.

Aksi sulung anak buah Kim Pan Gon akan diuji oleh negara yang berada di ranking 134 dunia tetapi jurulatih berasal dari Korea ini bersikap optimis mengenai kemampuan Harimau Malaya untuk meraih kemenangan pertama.

Walaupun skuad kebangsaan di tangga ke-154 dunia , nada Kim Pan-gon sangat positif berikutan Turkmenistan kurang bermain dalam perlawanan kompetetif sebelum ini.

“Ia (kurang perlawanan kompetitif) adalah kelebihan buat kita tetapi secara amnya kita tak boleh buat jangkaan, mereka mempunyai kekuatan tersendiri tetapi saya hanya menumpukan pada kelebihan kita.

“Ketika di Singapura saya rasa kita bermain dengan baik dan juga kem latihan ini kita telah melakukan sesi yang amat baik dengan dua perlawanan rasmi serta satu tidak rasmi. Saya rasa kita telah membuat persediaan yang baik dan buat masa ini kita telah bersedia,” katanya pada sidang media praperlawanan di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Turkmenistan tewas mengejut 0-1 kepada Thailand bulan lepas dalam perlawanan kompetitif pertama mereka sejak Jun 2021, manakala Malaysia telah merakamkan tiga kemenangan daripada empat perlawanan tahun ini, dengan kemenangan terbaharu 2-0 ke atas Hong Kong pada bulan lepas.

Ketika di tanya oleh wartawan mengenai kemampuan Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 , ketua jurulatih itu berkata , “Jika ingin ke peringkat akhir Piala Asia, kita mesti mendapatkan tujuh mata dan kita akan cuba yang terbaik untuk mencapai matlamat itu,”

Mengakui akan kekuatan dan kelebihan yang ada dalam pasukan dengan jolokan dengan “The Greens” dengan susuk fizikal pemain yang besar , anak buah Kim Pan-gon mahukan tiga mata pertama dan optimis skuadnya mampu mencapai perancangan itu sebelum skuad negara dijadualkan menentang Bahrain dan Bangladesh, masing-masing pada 11 dan 14 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini