Liverpool tewas 1-0 kepada Atletico Madrid dalam perlawanan pusingan pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Kekalahan itu semestinya mengecewakan pemain dan penyokong Liverpool. Juara dunia itu gagal memecah kebuntuan dan gagal menghadirkan sebarang percubaan tepat sepanjang 90 minit perlawanan.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Saul Niguez seawal minit ke-4 perlawanan.
Selepas itu Atletico bertahan dengan baik sekali untuk menyukarkan Liverpool yang bergelar juara di venue sama – Wanda Metropolitan0 – pada pertandingan sama musim lalu.
Jürgen Klopp on last night's 1-0 defeat to Atlético Madrid:
🗣️ "If you want to play like this, and the stadium are happy with how you play, just for the result, they are not here to see sensational football, but they got the result and they are now happy."
🧂🧂🧂🧂🧂🧂 pic.twitter.com/zTU2XT2c4x
— Football Tweet (@Football__Tweet) February 19, 2020
Untuk itu, gandingan Renan Lodi dan Felipe turut harus diberikan kredit kerana berjaya mengetuai benteng pertahanan Atletico menyerap asakan trio serangan Liverpool.
Turut mendapat tumpuam adalah prestasi pengadil perlawanan, Szymon Marciniak yang tampil dengan beberapa keputusan meragukan dan dianggap berat sebelah oleh segelintir penyokong The Reds.
Jurgen Klopp pula tampil lebih bersahaja dengan komen beliau terhadap pengadil perlawanan dari Poland itu walaupun ia sedikit bernada kritikan.
“Ianya amat sukar untuk menjadi pengadil dalam keadaan atmosfera perlawanan seperti pada malam ini,” kata Klopp.
“Saya tidak berpendapat tandukan [gol Niguez] adalah kerana sebab [keputusan pengadil] itu.
“Tetapi selepas 30 minit aksi diteruskan, tiga pemain Atletico terbaring di atas padang tanpa sebarang kecederaan.
🇪🇸 Atletico Madrid’s record in games that Saul Niguez has scored in:
✅ Won: 44
🤝 Drawn: 2
❌ Lost: 0 pic.twitter.com/Usx4TR13D8— ODDSbible (@ODDSbible) February 18, 2020
“Pengadil sepatutnya harus lebih memahami tahap perlawanan. Penyokong sudah pasti berada di sini untuk membantu pasukan mereka.
“Ia menjadikan perlawanan tersebut sebagai amat emosi.
“Saya berhak [dilayangkan kad kuning]. Saya hanya menjerit tanpa sebarang arah, dengan kata-kata tidak elok, dan mencarut.
“Itu kerana saya tidak gembira dengan prestasi keseluruhan, dan pada ketika itu ianya terluah keluar sekali. Pengadil tidak sukakan itu.
“Saya faham iru. Saya berhak dilayangkan kad kuning.”
Seorang pengguna Twitter @Fabinholic bagaimanapun menyenaraikan semua keputusan pengadil yang tampak meragukan.
Jika anda seorang penyokong Liverpool, senarai ini pasti membuatkan anda tidak duduk senang.
Szymon Marciniak refereeing disaterclass Atlético v Liverpool.
[Thread] pic.twitter.com/8paSa2AK4V— GDon ☬ (@FabinhoIic) February 18, 2020
Clearly touched Morata in the build up to Atlético’s first goal pic.twitter.com/KuVVwA5JaQ
— GDon ☬ (@FabinhoIic) February 18, 2020
Gave this as a foul 🤦♂️ pic.twitter.com/IBVQnLE1tF
— GDon ☬ (@FabinhoIic) February 18, 2020
He actually thought this was a legitimate foul😭😭 pic.twitter.com/5Lvz2ndFYL
— GDon ☬ (@FabinhoIic) February 18, 2020
A yellow card dkm😭😭😭 pic.twitter.com/tF9mNzFjs7
— GDon ☬ (@FabinhoIic) February 18, 2020
He gave this as foul💀💀💀 pic.twitter.com/M6AvEv4cOm
— GDon ☬ (@FabinhoIic) February 18, 2020
Not even a foul
We can’t beat this guy ffs pic.twitter.com/vBbJSPMSDN— GDon ☬ (@FabinhoIic) February 18, 2020
Handball inside the penalty box, there wasn’t even a proper VAR check 😂 pic.twitter.com/mzVGYpjOVP
— GDon ☬ (@FabinhoIic) February 19, 2020
Tidak kurang 7 kesalahan digariskan oleh pengguna Twitter ini melalui ciapan yang beliau lakukan. Salah satunya ialah mengkritik pengadil kerana gagal mengesan bola terkena tangan pemain Atletico.
Lebih pelik, VAR tidak digunakan untuk tujuan semakan pada situasi tersebut.
Walaupun tewas, Liverpool masih berpeluang mara ke suku akhir pertandingan jika berjaya menukar defisit yang dimiliki oleh Atletico Madrid dalam perlawanan timbal balik akan datang.