Thorgan Hazard tampil sebagai pemain pertama yang menerima bantuan gol sulung yang dihasilkan oleh Erling Braut Haaland untuk Borussia Dortmund di Bundesliga.
Gol jaringan Hazard itu turut membantu Dortmund menang 2-1 ke atas Borussia Monchengladbach di arena lawan, sekali gus meraih 3 mata berharga untuk persaingan kejuaraan Bundesliga pada musim ini.
Erling Haaland s̵c̵o̵r̵e̵s̵ assists!
A goal is a goal 🤷#BMGBVB 0-1 pic.twitter.com/2nOhBNjKBZ
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) March 7, 2020
Dan pemain antarabangsa Belgium itu ketika bercakap kepada wartawan selepas perlawanan sempat bergurau dengan menyatakan Haaland harus menghasilkan lebih banyak assist kerana sudah menghasilkan banyak gol sebelum ini.
“First touch saya kurang kemas. Tetapi Haaland kena hasilkan lebih banyak assist sekarang kerana sudah skor banyak gol,” ujar beliau selepas perlawanan.
"I think he needs to give assists, because he scores too much" 😅@HazardThorgan8 has some advice for Erling Haaland 🗣️ pic.twitter.com/aHAjPV7sJG
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) March 7, 2020
Ini adalah penampilan pertama Hazard di Stadium Borussia-Park setelah meninggalkan kelab itu pada musim panas lalu untuk menyertai Dortmund.
Tetapi ini bukan kali pertama Hazard berhadapan dengan bekas kelabnya itu setelah turut beraksi bersama Dortmund untuk menewaskan Monchengladbach dua kali di Signal Igunda Park pada musim ini.
Haaland has recorded his first Bundesliga assist for Borussia Dortmund.
About time he started contributing to goals… 😉 pic.twitter.com/d11zVaMGjd
— Squawka Football (@Squawka) March 7, 2020
Dan dalam perlawanan pada awal pagi tadi Hazard sekali lagi membuktikan kepincangan yang ditinggalkannya selepas meninggalkan seteru ‘Borussia’ itu.
Kali ini melalui Haaland yang bijak melarikan bola sebelum melakukan satu hantaran kemas kepada Hazard.
Bola gagal dikawal kemas oleh Hazard pada percubaan pertamanya, tetapi Cryuff-turn yang dilakukannya selepas itu mengelirukan tiga pertahanan lawan.
Hazard kemudiannya melencongkan rembatan yang menewaskan Yann Sommer di penjuru kotak penalti untuk pendahuluan awal.
Erling Haaland in the Bundesliga so far:
5 appearances
10 direct goal involvements
467 minutes played
9 goals
1 assist
47 minutes per goal or assistMonster 👏🏻 pic.twitter.com/MStSY3aNHt
— Premier League Stuff (@EPLStuff) March 7, 2020
Beraksi di tempat sendiri, Monchengladbach bagaimanapun tidak berdiam diri dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 melalui Lars Stindi pada babak kedua perlawanan.
Achraf Hakimi muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71 perlawanan, untuk memastikan Dortmund terus mengikuti rapat Bayern Munich di kemuncak Bundesliga.