Bekas jurulatih Paris Saint Germany (PSG) ini yang menggantikan Frank Lampard setelah dipecat akan segera ke pusat latihan sebagai pengurus baru Chelsea sebelum pertemuan menentang Wolves pada hari Khamis ini.
Roman Abramovich dikatakan berminat dengan pengurus selepas Frank Lampard tidak dapat memenuhi kehendak jutawan Russia itu untuk memastikan Chelsea memberikan persaingan sengit kepada beberapa kelab seperti Manchester United , Liverpool , Spurs dan Leicester City tetapi hanya mampu menduduki tangga ke sembilan dalam liga premier.
After a brief discussion with Roman Abrahamovic yesterday Thomas Tuchel is ready to become the new Chelsea manager. Contracts to be signed this afternoon and first training session to be held at 15:30 at Cobham where he will meet the players. [@Ben5__] tier 2🥈
It’s happening🔜— Ben (@Ben5__) January 25, 2021
Frank Lampard dipecat selepas anak buahnya baru sahaja memenangi perlawanan Piala FA Emirates 3-1 dengan kelab bahagian dua Championship Luton Town.
Next round! Well done lads! 💪🏻💙 #FACup https://t.co/juQJQNnLCd
— César Azpilicueta (@CesarAzpi) January 24, 2021
Punca bekas pemain kebangsaan England ini dipecat selepas pemilik kelab The Blues nyata tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya apabila Lampard telah membelanjakan € 225 juta membeli pemain baru termasuk Timo Werner dan Kai Havertz tetapi tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan.
Frank Lampard's signings 💰
Kai Havertz: £70m
Ben Chilwell: £50m
Timo Werner: £47.5m
Hakim Ziyech: £33m
Edouard Mendy: £22m
Thiago Silva: FreeTotal: £222.5m 🤑
Chelsea are currently 9th in the Premier League 🤦♂️ pic.twitter.com/mCk3lP6COo
— Goal (@goal) January 25, 2021
Roman Abramovich bersama lembaga kelab itu telah membuat perbincangan untuk membawa masuk jurulatih dari Jerman itu secepat mungkin dan menurut perkongsian wartawan sukan terkenal Fabrizio Romano , Tuchel telah pun bersetuju dan akan menandatangani kontrak dalam sedikit masa lagi.
Thomas Tuchel is set to become the new Chelsea manager, confirmed. Frank Lampard will be officially sacked today – Tuchel has accepted the #CFC job and is expected to sign in the coming hours. 🔵
RB Lepzig won’t let Nagelsmann go now + Allegri is considering other options/clubs. https://t.co/KODPcJAFF5
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 25, 2021
Tuchell 47 tahun , yang dipecat oleh PSG hujung Disember lalu telah meraih enam trofi kejuaraan dan menjadikan kelab itu memenangi 12 perlawanan berturut dan menjaringkan gol dalam semua 38 perlawanan dalam satu musim sahaja di League-1 pada tahun 2018/2019.
Dalam satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Frank Lampard selepas pemecatannya , beliau berasa kecewa kerana tidak diberikan lebih banyak masa lagi untuk membentuk skuad Chelsea menjadi lebih bagus lagi.
Namun beliau berbangga dengan pencapaiannya apabila beberapa pemain daripada akademi berjaya dinaikkan pangkat ke skuad senior dan mereka merupakan pemain masa depan untuk Chelsea.
Frank Lampard's official statement after getting sacked by Chelsea. (Source: @LMA_Managers) pic.twitter.com/nNPIrR06Qm
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 25, 2021
Ini menjadikan Lampard sebagai jurulatih yang kedua dipecat di liga premier apabila West Bromwich Albion memecat jurulatihnya Slaven Bilic selepas 18 bulan melatih kelab itu dan digantikan dengan Sam Allardyce
Ironinya Lampard yang berusia 42 tahun juga dapat bertahan selama 18 bulan sahaja di Stamford Bridge selepas dilantik pada Julai 2019.
BREAKING: Chelsea appoint club legend Frank Lampard as their new manager 🔵 pic.twitter.com/0I0FTDr19d
— B/R Football (@brfootball) July 4, 2019