The Undertaker pernah mendapat banyak gelaran sepanjang karier 30 tahun di dalam arena gusti dan WWE. The Dead Man, The Phenom, The Streak adalah antara gelaran yang pernah diberi oleh peminatnya.
Mengimbas kembali karier karier The Undertaker, atau pun nama sebenarnya Mark William Calaway, kami akui ia amat sukar untuk memilih momen atau detik ikonik beliau.
Namun 10 perkara berikut pasti tidak akan dilupakan oleh peminat WWE dan juga The Undertaker.
1. Debut di Survivor Series 1990 (22 November 1990)
Secara teknikal, kemunculan The Undertaker untuk WWF adalah dalam satu rakaman Superstar yang bocor beberapa hari sebelum kemunculan rasminya. Tetapi dari situlah segalanya bermula.
The Undertaker sepatutnya menjadi penggusti tambahan kepada pasukan Ted DiBiase yang bernilai 1 juta dollar!
Beliau pantas menghadirkan impak apabila membelasah Tombstone Piledriver dan menyingkirkan Dusty Rhodes.
Beliau juga menunjukkan kepada seluruh dunia dirinya adalah lebih mementingkan aksi ganas daripada kejuaraan atau berjalan keluar.
2. Tewaskan Hulk Hogan untuk kejuaraan pertama (27 November 1991)
The Undertaker menunggu selama setahun dan lima hari untuk kejuaraan pertama dari tujuh yang pernah diraih sepanjang tempoh karier panjangnya.
Dan untuk kejuaraan pertama, The Undertaker memilih untuk menewaskan legenda sukan itu sendiri pada 27 November 1991.
Lebih menarik kejuaraan tersebut menjadikan The Undertaker sebagai penggusti termuda yang pernah muncul juara WWF.
Bagaimanapun The Undertaker hanya mempertahankan kejuaraan tersebut selama beberapa hari, sebelum melepaskannya dengan cara penuh kontroversi.
3. Persteruan pertama dengan Kane – Bad Blood: In Your House (5 Oktober 1997)
Ini merupakan perlawanan pertama yang digelar ‘Hell in a cell’ dan masih ada peminat melabel ia sebagai yang terbaik sehingga ke hari ini.
Perlawanan penuh mendebarkan ini turut dihiasi dengan kemunculan mengejut Kane, yang turut mengundang kehadiran Shawn Michaels untuk menyerang The Undertaker.
4. The Undertaker tewaskan Kane di WrestleMania XIV (29 Mac 1998)
The Undertaker dan Kane berseteru sejak kali pertama bertemu di arena ini, dan ianya memuncak di WrestleMania.
Paul Bearer memihak kepada Kane, namun walaupun dengan bantuan sebegitu, ia tidak menghalang The undertaker menewaskan saudara kandungnya kali ini.
5. WWE Undisputed Champion – Judgement Day 2002 (19 Mei, 2002)
Kemenangan pertama The Undertaker ke atas Hulk Hogan penting kerana ia memberikan kejuaraan.
Namun kejuaraan tersebut tidak kekal lama untuk membenarkan Hogan terus bermegah.
Apabila kedua-duanya bertemu kembali 10 tahun kemudian, ia adalah peluang untuk The Undertaker mendiamkan pihak yang menafikannya kejuaraan tersebut.
Ia adalah kemenangan dan kejuaraan yang tidak boleh dipertikaikan lagi kali ini untuk The Undertaker.
6. Kejuaraan Royal Rumble pertama pada 2007 (28 Januari 2007)
Walaupun selepas sedekad setengah di dalam kariernya, The Undertaker tidak pernah memenangi kejuaraan Royal Rumble pada ketika ini.
Beliau bagaimanapun menebusnya dengan kejuaraan pada 2007, dari kedudukan ke-30 paling rendah.
Tiga penyingkiran selepa itu, The Undertaker kemudiannya menuju ke Wrestlemania untuk memenangi World Heavyweight Championship pertamanya menentang Batista.
7. Tewaskan Shawn Michaels buat kali pertama di WrestleMania XXV (5 April 2009)
Mr WrestleMania vs seorang lelaki yang tidak mampu untuk tewas. Atau keangkuhan HBK menentang tembok dinding yang didirikan oleh seorang bintang.
Namakan apa saja, ia satu kepuasan menyaksikan perlawanan ini.
The Undertaker sentiasa diangkat kerana karakter dan karisma yang dimilikinya.
Tetapi perlawanan menentang Shawn Michaels seperti ini yang membuktikan dirinya mampu melakukan apa sahaja ketika aksi dalam gelanggang.
8. Paksa Shawn Micahels bersara WrestleMania XXVI (March 28, 2010)
Benar. Sudah tentu Shawn Michaels sukar menerima kekalahan kepada The Undertaker.
Maka setahun selepas itu kedua-duanya dipertemukan semula, dan kali ini karier HBK dijadikan taruhan.
Ia adalah satu lagi perlawanan klasik membabitkan The Undertaker. HBK terpaksa menerima hakikat bersara selepas beraksi secara profesional selama 8 tahun.
9. Tewaskan Triple H di Hell in a Cell, tanda tamatnya satu era – WrestleMania XXVIII (1 April, 2012)
Shawn Michaels gagal sebanyak dua kali menentang The Undertaker. Dan satu lagi nama besar, Triple H berpendapat beliau mampu melakukan lebih baik.
Beliau pernah gagal sekali di WrestleMania XXVII, dan The Undertaker sendiri tidak mampu berjalan keluar dari gelanggang tanpa bantuan medikal. Triple H enggan membenarkan perkara sama berulang.
Dan seperti kejadian dengan HBK, perlawanan ulangan di lakukan. Kali ini ia adalah ‘Hell in a Cell’, dan Shawn Michaels pula dijemput sebagai pengadil jemputan.
Ia berakhir dengan penuh klasik, dan merupakan momen yang tidak akan dilupakan oleh 78,000 penonton yang hadir menyaksikan di arena.
The Undertaker mungkin adalah pemenang. Namun saat ketiga-tiga bintang ini berpelukan dan bergandingan tangan saling mengusung satu sama lain dan melupakan perseteruan buat sementara ketika keluar dari gelanggang membuatkan ramai terharu.
10. Tewaskan AJ Styles di Boneyard Match – penampilan terakhir (5 April 2020)
Wrestlemania 36 rupa-rupanya adalah penampilan terakhir The Undertaker selama 30 tahun bergelar seorang penggusti profesional.
Ia adalah perlawanan menakjubkan – diadakan tanpa kehadiran penonton – menentang AJ Styles.
Dan selepas 30 tahun dan 27 perlawanan WrestleMania, The Undertaker membuktikan kepada mereka yang meraguinya adalah satu kesilapan dengan salah satu momen paling ikonik di WWE.
Rumusan
Anda mungkin mempunyai detik-detik ikonik lain yang tidak akan dilupakan mengenai The Undertaker. Kongsikan dengan kami di ruangan komen.
Dan detik manakah paling best pada korang dari senarai 10 yang di atas?