‘The Pocket Rocketman’ Layak Tanding Acara Ke-2 Di Sukan Olimpik Tokyo

Pelumba berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, melayakkan diri untuk satu lagi acara lumba basikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada Julai hadapan.

Azizulhasni layak selepas memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Menurut ranking dunia terkini UCI yang dipaparkan di laman sesawang mereka www.uci.org, Azizul naik lima ranking ke kedudukan kelima terbaik dunia dalam acara pecut individu selepas mengumpulkan 2,415 mata.

Pelumba yang digelar ‘The Poket Rocketman’ berusia 32 tahun itu, sebelum ini telah layak ke Tokyo melalui acara kegemarannya ‘keirin’ selepas menduduki ranking kedua dunia, di belakang juara dunia Harrie Lavreysen dari Belanda.

Aiziulhasni telah mengumpulkan 2,710 mata untuk acara keirin.

Penampilan kali ini oleh Mohd Azizulhasni  adalah kali keempat di Sukan Olimpik, selepas layak pada Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Empat tahun lalu di Rio, beliau memenangi pingat gangsa dalam acara keirin.

Sehingga kini 11 atlet negara telah melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selain daripada Azizulhasni, enam daripada mereka adalah adalah Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Khairulnizam Mohd Khairulnizam Mohd Afendy (laser standard), Nur Shazrin Mohd Latif (laser radial), Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (international 470), dan Khairul Anuar Mohamad (memanah).

Empat lagi merupakan atlet terjun negara iaitu Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal), Pandelela Rinong Pamg (10m platform) dan berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam acara 10m seirama.

 

Sumber: Bernama

Kongsi artikel ini