Perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara CIMB Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara liga, Kedah pada 26 Februari 2021 ialah permulaan kalendar Liga Malaysia 2021 tahun hadapan.
Ketika ini pasukan-pasukan Liga Malaysia sedang giat membuat persiapan dengan mendapatkan pemain baru , mengekalkan pemain yang bagus dan menggugurkan pemain yang tiada dalam perancangan jurulatih.
Ini termasuklah pasukan Perak yang dalam usaha untuk mengekalkan penyerangnya Shahrel Fikri yang dikhabarkan mendapat tawaran dari pasukan Selangor. Shahrel Fikri merupakan penjaring terbanyak dengan menjaringkan 10 gol dalam 11 perlawanan untuk skuad Seladang itu.
Mehmet Durakovic berkata , pihak pengurusan telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan pemain yang menjadi tonggak utama dalam skuad itu pada musim depan namun kata putus terserah kepada pemain kelahiran Tawau itu.
Perak Coach Mehmet has told Shahrel Fikri that the ball is in his court, as the 26-year-old striker is linked to Selangor. He said the Perak leadership had done their best to keep him, but it is up to Eky now to decide on his next path. #MFLTransfer2021 https://t.co/WNJTRtboko
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 19, 2020
“Shahrel Fikri telah melakukan yang terbaik untuk skuad Perak. Jikalau beliau memutuskan untuk terus bersama Perak , saya sangat gembira tetapi jika sebaliknya saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya” ujar jurulatih yang hampir empat tahun mengendalikan skuad Bos Gaurus itu.
Buat masa ini Shahrel Fikri belum memutuskan lagi masa depannya bersama kelab itu samada kekal atau berhijrah ke pasukan baru.
Jika beliau berhijrah ke Selangor, ia akan menjadi satu cabaran buat Shahrel kerana beliau perlu bersaing dengan penjaring terbanyak Liga Super musim 2020, Ifedayo Olusegun.https://t.co/O6QFMhQNad
— Football Tribe MY 🇲🇾 (@MYFootballTribe) November 19, 2020
“Sekarang , saya berusaha untuk pasukan mengekalkan momentum dan membuat perancangan kepada pemain baru yang akan di bawa masuk ke dalam skuad Perak”
Perak yang dilihat mengekalkan hampir semua pemainnya bakal diperkuatkan beberapa muka baru. Antaranya ialah bekas pertahanan B22 negara Danish Haziq Saipul Hisham dari UiTM FC.
Perak yang dilihat mengekalkan hampir semua pemainnya bakal diperkuatkan beberapa muka baru, salah satunya ialah bekas pertahanan B22 negara Danish Haziq Saipul Hisham dari UiTM FC.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 19, 2020
Anthony Golec antara pemain import yang telah meninggalkan Perak dan berharap dapat menandatangani pemain baru dari Asia atau dari Asia Tenggara.
.@peraktbgmy’s coach Mehmet Durakovic confirmed that Anthony Golec had left the team, but he is not scratching his head as he believes the local players and the inclusion on Tarek Isic would help steady their ship in the #MalaysiaCup. https://t.co/a5O0kWyR69
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 4, 2020
Begitu juga penjaga gol utama Bos Gaurus , Hafizul Hakim dijangka akan membuat keputusan minggu depan susulan mendapat tawaran dari pasukan lain walaupun Perak telah menawarkannya kontrak baru.
📊 KEDUDUKAN CIMB LIGA SUPER – PUSINGAN LS11
Saingan CIMB Liga Super 2020 berakhir setelah UiTM FC diberi kemenangan 3-0 ke atas Sabah. (https://t.co/8zXeVI3X7q)#ForwardFootball#BangkitSemangatBola#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/PnccRAWTVl
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 29, 2020
Perak yang berada di tangga ke empat dalam CIMB Liga Super dan berjaya ke saingan suku akhir TM Piala Malaysia yang dibatalkan oleh MFL ekoran pengumuman oleh MKN. Mereka juga gagal untuk ke saingan AFC tahun hadapan selepas dikecewakan oleh Kedah.