TERKINI : Tan Cheng Hoe Sahkan Aidil Zafuan & Shahrul Saad Tidak Dapat Beraksi Menentan Indonesia

Khidmat kapten skuad kebangsaan Aidil Zafuan dan Shahrul Saad tidak akan dapat diturunkan menjelang pertemuan menentang Indonesia Ahad ini setelah kecederaan mereka tidak sempat pulih dan memerlukan masa yang lama.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pengendali Harimau Malaya sendiri dan ini merupakan tamparan hebat kepada pasukan kebangsaan.

Kedua-dua pemain ini merupakan pertahanan tengah utama kesebelasan utama dan posisi berkenaan kini terpaksa bergantung dengan dua pertahanan tengah sejati iaitu Dominic Tan dan Dion Cools.

Kemungkinan mereka juga tidak dapat beraksi dalam perlawanan separuh akhir sekiranya layak ke peringkat berkenaan. Malaysia kini berada dalam kumpulan B di tangga ke 3 dan pertemuan dengan skuad Garuda adalah misi wajib menang untuk mencapai sasaran ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020.

Malaysia yang tumbang kepada gergasi Asia Tenggara , Vietnam 3-0 minggu lalu bukan satu persembahan yang mengagumkan. Menurut Tan Cheng Hoe , pasukannya tewas oleh kerana kehilangan Aidil Zafuan yang terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama.

Apa yang lebih malang lagi , Malaysia kehilangan Shahrul Saad yang menjadi gandingan bersama kapten pasukan di separuh masa kedua dan ini telah merencatkan taktikal Harimau Malaya untuk mengimbangi kehebatan Vietnam di atas padang.

Pertahanan tengah Dion Cools masih lagi belum tiba dari Denmark untuk berlatih bersama skuad kebangsaan. Tetapi berita baik yang boleh menaril lafas lega apabila Khairul Azhan (penjaga gol) , Quentin Cheng (pertahanan kanan) dan Faisal Halim (pemain sayap) telah kembali selepas disahkan bebas daripada virus Covid-19

Kongsi artikel ini