Pemilik Paris Saint German telah memecat jurulatihnya , Thomas Tuchel ekoran prestasi pasukan yang tidak memuaskan di dalam Liga French 1 sebelum menjelangnya perayaan Krismas.
Thomas Tuchel has been sacked by PSG board, confirmed. Game over and new manager is coming. Official announcement expected soon. π«π·π΄ @cfbayern #PSG #Tuchel
β Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 24, 2020
Berita pemecatan jurulatih yang berusia 47 tahun itu telah di dikongsikan oleh wartawan sukan terkenal Fabrizio Romano di laman Twitter rasminya.
PSG dikatakan sedang mencari calon jurulatih yang baru bagi mengisi kekosongan kerusi panas sebelum memasuki Tahun Baru 2021.
Antara calon jurulatih mempunyai reputasi cemerlang yang sedang dinilai oleh lembaga pengarah PSG ialah Mauricio Pochettino.
Bekas jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris Tottenham Hotspurs itu dikatakan calon paling layak untuk memimpin skuad yang mempunyai bintang seperti Neymar dan Mbappe itu.
Peguam Pochettino telah terbang ke Paris untuk menemui pemilik kelab terbabit bagi membincangkan kontrak dan pemilihan kakitangan teknikal yang akan bersama dengan beliau dan proses pemeteraian itu akan cuba diselesaikan dalam masa 24 jam diantara kedua belah pihak.
Mauricio Pochettino is leading the race to become the new PSG manager after Tuchel sack! π¦π·π΄π΅
His lawyers have been contacted by Leonardo earlier this week and heβs open to accept β Thiago Motta, always been the other option in the list. π«π· #PSG #Tuchel #Pochettino
β Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 24, 2020
Bekas pengendali Tottenham Hostpurs yang pernah memahat sejarah di dalam kelab itu kerana kejayaan membawa pasukannya ke perlawanan akhir Liga Kejuaraan Eropah (UCL) tetapi tewas dengan Liverpool seterusnya menjadi trofi ke enam Mahkota Liga Kejuaraan Eropah untuk The Reds
Walau bagaimanapun , nasib beliau tidak menyebelahinya pada musim 2019 setelah dipecat oleh pengurusan kelab kerana prestasi yang kurang memberangsangkan dan digantikan oleh Jose Mourinho yang pernah melatih Manchester United sebelum itu.
Thomas Tuchel yang dilantik pada musim 2018 selepas kejayaannya sebagai jurulatih Borussia Dortmund pernah menyatakan impiannya untuk menjadi jurulatih kelab terkemuka Perancis seperti PSG.
Pengendali kelahiran German itu berjaya membawa PSG ke perlawanan akhir Mahkota Liga Kejuaraan Eropah musim lepas tetapi tewas dengan kelab gergasi German Bayern Munich.
Tuchel sacked at PSG.
Thatβs 2 years in a row that the manager of the team that lost the Champions League final has been given the boot before Christmas.
Now looks like PSG have decided to replace Tuchel with the guy who lost the UCL final the year before, Pochettino.
β Spencer (@SpencerOwen) December 24, 2020
Perlawanan terakhir yang dikendalikan oleh Thomas Tuchel ialah ketika anak-anak buahnya menang ke atas pasukan Strasbourg 4-0.
Semasa beliau dilantik oleh lembaga pengarah PSG pada dua tahun lepas antara KPI yang diletakkan keatasnya ialah memenangi Trofi Liga Kejuaraan Eropah (UCL) untuk dibawa pulang ke Perancis buat kali pertama.
Β
Β