Paris Saint-Germain (PSG) telah dinobatkan selaku juara Ligue 1 Perancis, selepas ianya tidak diteruskan akibat penularan wabak global.
Saingan Ligue 1 Perancis sah tidak disambung pada Selasa, dan laporan terkini dari L’Equipe berkata PSG telah ‘dianugerahkan’ gelaran juara untuk kempen musim 2019/20.
Bagaimanapun tiga pasukan yang akan disingkirkan ke liga bawahan belum ditentukan setakat ini.
Jika kedudukan liga dan ‘sporting merit’ diambil kira, maka Nimes, Amiens dan Toulouse yang menduduki tiga kedudukan terbawah Ligue 1 akan disingkirkan.
PSG will be crowned 2019-20 Ligue 1 champions despite the league being voided, according to L'Equipe 👀
FAO: Liverpool 😉 pic.twitter.com/loUP2k8eo1
— Goal (@goal) April 30, 2020
Kali terakhir Ligue 1 beraksi ialah pada 7 & 8 Mac lalu, dengan PSG mempunyai kelebihan 12 mata berbanding Marseille di kedudukan kedua.
Marseille bagaimanapun masih lagi mempunyai kelebihan satu perlawanan untuk dimainkan.
Jika PSG benar diberikan trofi untuk saingan pada musim ini, ia adalah kejuaraan Ligue 1 ketiga berturut-turut untuk kelab Paris itu, dan juga yang kesembilan sepanjang sejarah kelab tersebut.
Marseille, Rennes dan Lille adalah tiga kelab yang menduduki kedudukan kedua, ketiga dan keempat dan setakat ini kelayakan ke pertandingan eropah – Champions League dan Europa League – belum lagi diputuskan.
PSG are set to be crowned champions as the LFP are planning taking the current Ligue 1 standing as final.
(📝 L'Equipe) pic.twitter.com/SzmxYlm6PT
— Jollof Sports (@JollofSports) April 30, 2020
Sebelum ini Kerajaan Perancis mengumumkan saingan Ligue 1 2019/20 dibatalkan (null & void). Sekiranya dibatalkan, ini bermakna tidak ada juara yang akan disahkan.
Bagaimanapun UEFA sebelum ini berkata liga yang dibatalkan tidak akan diambil sah laku untuk kelayakan ke pertandingan Eropah pada musim hadapan, melainkan ia ditamatkan secara ‘sporting merit’.
Sporting merit merujuk kepada pencapaian dan kedudukan terkini setiap kelab di dalam saingan liga.
Adakah dengan mengumumkan PSG selaku juara, Ligue 1 sedang cuba mengelak daripada risiko tidak beraksi di Eropah pada musim hadapan?
🏆 PSG have been crowned 2019/2020 French Ligue 1 champions.
Done and dusted.
They were 12 points clear with 11 games still left to play… pic.twitter.com/BknuNqgsLo
— thesportsman (@TheSportsman) April 30, 2020
Apa-apa pun menghentikan saingan berdasarkan ‘sporting merit’ adalah keputusan yang lebih baik berbanding ‘null & void’. Perlu diingat juga bahawa hanya badan penganjur sahaja yang berhak memutuskan status pertandingan.
Untuk saingan di Perancis, ia adalah LFP.
Walaupun ia langkah yang lebih baik di mata UEFA, rata-rata penaja dan ha penyiaran pula mengambil kira keseluruhan perlawanan harus dilangsungkan untuk menjadikan ia satu musim lengkap.