Terkini : Mohamadou Sumareh Beri Ucapan Penghargaan Kepada Police Tero FC

Pemain natrulisasi negara , Mohamadou Sumareh mengucapkan terima kasih kepada para pemain , kakitangan sokongan dan jurulatih skuad Police Tero FC selepas sah beliau telah meninggalkan kelab yang berpengkalan di negara Thailand pada hujung tahun 2020.

Kenyataan itu telah dikongsikan oleh bekas pemain Pahang itu di laman Instagramnya awal pagi ini yang menyatakan bahawa beliau telah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk kembali beraksi di Liga Super Malaysia pada tahun baru 2021.

 

sumareh

Ia merupakan satu cabaran kepada dirinya setelah melihat tahun 2020 yang menyaksikan kebanyakan perniagaan jatuh dan ramai kehilangan pekerjaan khusus kepada Sumareh pada suku pertama dan ketiga dalam tahun itu.

Dalam kenyataan itu , Sumareh menjelaskan bahawa pasukan Police Tero FC telah banyak membantu beliau untuk dalam banyak perkara. Kelab itu telah menawarkan tempat kepadanya bagi meningkat dan mengekalkan kecergasan, merawat kecederaan yang dialami serta memberikan minit bermain dan banyak lagi.

“Terima kasih kepada kelab atas peranan yang cukup besar dan saya tidak mampu mengungkap dengan kata-kata pengalaman indah saya bersama kelab dalam masa yang sesingkat ini.”

Teka-teki pasukan mana yang bakal diwakili oleh pemain kelahiran Gambia ini masih belum terjawab susulan tiada kenyataan konkrit daripada dirinya mahupun kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Baru-baru ini , pemilik kelab Johor Darul Ta’zim , Tunku Mahkota Johor pernah menyatakan sekiranya JDT berminat untuk membawa pemain berusia 26 tahun ke skuad Harimau Selatan , baginda akan meminta restu daripada pihak Pahang terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang keputusan.

Sumareh juga dikatakan bakal mewakili pasukan gergasi Red Giants Selangor sebelum ini , bagaimanapun nama beliau tiada di dalam perancangan pengurusan jurulatih bagi tahun 2021 setelah kekosongan telah di isi oleh pemain tempatan yang lain.

 

Kongsi artikel ini