Berita yang pasti menggembirakan oleh para penyokong Mesut Ozil yang telah pun tiba di negara Turki dan terus bergegas ke kelab berkenaan di Istanbul untuk membuat pemeriksaan pengesahan perubatan dan akan diperkenalkan kepada penyokong kelab berkenaan tidak lama lagi.
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) January 17, 2021
Bilgilendirme | Kulübümüz, transfer süreçlerini ilerletmek için Mesut Özil’i İstanbul'a getiriyor. 💛💙
Club Statement: Our club is bringing Mesut Özil to Istanbul to continue the transfer processes. pic.twitter.com/Wt0gR8xRSk
— Fenerbahçe SK (@Fenerbahce) January 17, 2021
Bekas pemain German berusia 32 tahun ini langsung diketepikan oleh Mikel Arteta pada Mac 2020 yang lalu sehingga musim 2020/21 ini beliau tidak berada dalam senarai 25 pemain yang diperlukan oleh pengurus berkenaan.
Ozil ternyata berang dengan keputusan jurulatih itu dan enggan untuk melakukan pengurangan gajinya berjumlah $350,000 pound sterling serta meminta pengurusan kelab Arsenal menghormati kontrak beliau yang masih berbaki enam bulan lagi.
Desas desus Mesut Ozil mendapat beberapa tawaran dari kelab bolasepak dari negara Amerika Syarikat seperti DC United , Inter Miami dan kelab LA Galaxi yang dimiliki oleh David Bechkam selain dari kelab Juventus telah mendapat perhatian dari penyokong seluruh dunia pada hujung tahun lalu.
Namun akhirnya beliau telah memilih kelab dari Istanbul Fenerbahce untuk menghabiskan karier bolasepak yang mungkin boleh bertahan 3-4 tahun lagi.
I definitely will. There are two countries I want to play football in before I retire: Turkey 🇹🇷 and USA 🇺🇸. If I went to Turkey, I could only go to Fenerbahce. https://t.co/TL68kUL62M
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) January 11, 2021
EXCLUSIVE: Arsenal & Mesut Ozil have an agreement in principle to terminate contract with immediate effect + end his 7.5yr #AFC career. If all goes to plan Fenerbahce expect 32yo to travel this weekend & complete move to #FENER as free agent @TheAthleticUK https://t.co/b9JCDK3miJ
— David Ornstein (@David_Ornstein) January 16, 2021
Sebelum ini wartawan sukan bolasepak dunia David Ornstein telah berkongsi berita mengenai perpindahan pemain perancang di bawah kendalian Arsene Wenger yang bersetuju dengan secara prinsipalnya dengan perjanjian yang telah ditetapkan.
Pengurusan kelab Arsenal telah bersetuju untuk menebus penamatan kontrak Ozil sekitar £14 juta untuk melepaskan beliau pergi ke kelab Fenerbahce dan kemungkinan beliau akan mempunyai struktur gaji yang rendah berbanding diperolehi dari Arsenal selama lapan tahun.
The end of an era 😢
Arsenal say goodbye to Mesut Ozil 🤝 pic.twitter.com/8tSg4QTwId
— Goal (@goal) January 17, 2021
Termetrainya kontrak di antara kelab Fenerbahce dan Mesut Ozil untuk musim 2020/21 ini telah menamatkan segala kontroversi dan spekulasi di antara kedua belah pihak iaitu Arsenal dan Ozil.
Mesut Ozil yang telah lama tidak bermain di dalam perlawanan kompetatif semestinya mahu fokus untuk mengembalikan tahap kecergasan yang semaksimum mungkin untuk membuat penampilan pertama di kelab berkenaan.
Ozil dalam satu ciapan di Twitter pernah menyatakan bahawa beliau membesar sebagai peminat Fenerbahce dari kecil di Jerman. Semua kanak kanak Jerman-Turki akan menyokong satu pasukan bola dari Turki , ketika mereka membesar di Jerman dan beliau menyokong kelab Fenerbahce.
I grew up as a @Fenerbahce fan as a kid in Germany – every German-Turkish person supports a Turkish team when they grow up in Germany. And mine was Fenerbahce. Fenerbahce is like Real Madrid in Spain. The biggest club in the country 🇹🇷 https://t.co/Y3hEba79IO
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) January 11, 2021
“Fenerbahce sama seperti Real Madrid di Sepanyol, kelab terbesar di negara Turki.”
Presiden Fenerbahce, Ali Koc juga turut mengesahkan bahawa mereka hampir untuk membawa Ozil ke kelab mereka.
'He would be a dream for us at Fenerbahce. What I can say is we are closer than before.’
Fenerbahce president Ali Koc addressing the rumours surrounding Arsenal outcast Mesut Ozil 👀https://t.co/hzXETJdyQo
— Metro Sport (@Metro_Sport) January 11, 2021
“ Impian beliau semakin dekat untuk bermain dengan kami di Fenerbahce. Apa yang boleh saya katakan kami lebih hampir kepadanya berbanding sebelum ini.”
Kini para penyokong Mesut Ozil pasti berasa sedih dengan keputusan pemain itu tetapi mereka merelakan pemain itu pergi membawa haluan baru setelah tidak diperlukan lagi oleh The Gunners.