Menteri Kanan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perlawanan bola sepak di negara ini masih tidak dibenarkan walaupun selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan Malaysian Football League (MFL) yang mahu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk baki saingan pada musim ini diterskan.
Kemas Kini Berhubung Dua Perkara Semasa Membabitkan Pandemik COVID-19
Baca kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di https://t.co/AowrkG0LFc#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/Qu06WVGAWv
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 24, 2020
Liga Malaysia 2020 hanya berlangsung sebanyak empat perlawanan pada musim ini sebelum ianya ditangguhkan pada 16 Mac lalu susulan arahan PKP oleh pihak kerajaan.
Bercakap kepada wartawan ketika diajukan soalan, Ismail Sabri berkata perlawanan bola sepak tidak boleh dibenarkan kerana ia membabitkan perhimpunan dan kontak di kalangan pemain.
Piala Malaysia perlu ditangguh – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri @IsmailSabri60
Ayuh #DudukRumah #SihatkanMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/yGPLHQTeJB
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) April 25, 2020
“SOP standard [ialah] bahawa perkumpulan tidak dibenarkan. Bola [sepak] tidak boleh bermain seorang-seorang, Mesti ada team. Maknanya dua team ada 22 pemain. Bola bukan bukan seperti badminton bermain single,” kata Ismail Sabri dalam sidang media hariannya.
“Berdasarkan SOP standard, sudah tentu kita tidak boleh membenarkan pertandingan bola diadakan
“Walaupun PKP ditamatka pada hari ini misalnya, esok rakyat tidak boleh bergerak bebas seperti hari sebelumnya. Tentu saja ada SOP yang akan diperkenalkan dan harus dipatuhi selepas PKP ditamatkan.
Berdasarkan perkembangan terbaru dan kenyataan oleh Ismail Sabri ini, ia membayangkan saingan Liga Malaysia 2020 seperti sudah terkubur.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri @IsmailSabri60 tidak benarkan Liga Malaysia diteruskan selepas PKP sehingga MKN umumkan tempoh berapa lama arahan itu berakhir.@BuletinTV3
— Hasnida Hanim Ahmad Kamil (@hanimNewsMPB) April 25, 2020
Sebelum ini Setiausaha Agung FAM berkata aspek kesihatan akan diberikan pendahuluan mendahului bola sepak
“FAM dan MFL sudah tentu mengutamakan aspek kesihatan negara mendahului bola sepak.
Namun sebagai badan induk bola sepak di Malaysia, kami perlu berusaha untuk mencari jalan supaya bola sepak dapat diteruskan dan sebab itulah kami mahu mendapatkan nasihat pakar daripada pihak yang bertanggungjawab.
“Apa juga arahan atau sekatan daripada KKM atau MKN, FAM terbuka sepenuhnya untuk menerimanya dan akan mematuhi segala arahan yang diberikan nanti walaupun ia membawa kepada pembatalan semua aktiviti bola sepak,” kata Stuart semalam.
Apakah perancangan MFL dan FAM seterusnya?