Dalam satu kenyataan media yang disiarkan sebentar tadi, Persatuan Bola Sepak Malaysia mengesahkan tidak akan meneruskan niat menjadikan Marcelo Kolonda sebagai pemain naturaliasi.
Ia selepas pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengesahkan salah satu dokumen yang diserahkan oleh pemain pertahanan daripada Congo itu mengandungi maklumat tidak sahih.
Nama Kalonda sebelum ini menjadi sebutan peminat bola sepak di Malaysia selepas dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia selepas datuknya berasal dari Sabah.
Siaran Media: FAM Sahkan Dokumen Kalonda Tidak Sah
Satu dokumen penting yang dikemukakan Marcel Kalonda didapati adalah tidak sahih selepas semakan dibuat dengan JPN.
Baca kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di https://t.co/A5VmFqAevq#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/PZlvw3ZYAj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 7, 2020
Selepas kisah itu menjadi tular, FAM bertindak menghubungi pemain tersebut untuk mendapatkan pengesahan dan bukti – untuk mendapatkan kepastian sebelum dipertimbangkan untuk menjadi pemain naturalisasi.
“Setelah menerima dokumen-dokumen lengkap yang diperlukan itu daripada Kalonda, FAM mengambil langkah seterusnya iaitu menghubungi pula pihak-pihak yang berkenaan bagi mendapatkan kesahihan terhadap dokumen-dokumen yang diterima, termasuk menghantar surat kepada Persekutuan Bolasepak Congo (FECOFOOT) dan wakil konsulat Congo di Malaysia serta berhubung dengan JPN bagi semakan dan pengesahan dokumen berkaitan,” ujar Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam kenyataan tersebut.
TERKINI: FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa satu dokumen penting yang dikemukakan oleh Marcel Kalonda, yang mendakwa mempunyai darah campuran Malaysia, didapati adalah TIDAK SAHIH selepas semakan dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 7, 2020
“Susulan itu, semalam (Isnin, 6 Julai 2020), FAM telah menerima surat maklum balas daripada JPN memaklumkan bahawa selepas semakan dan siasatan dibuat, satu daripada dokumen berkenaan didapati mengandungi maklumat yang tidak sahih.
“Selepas menghubungi Kalonda untuk memaklumkan hasil semakan dan siasatan JPN itu, FAM dengan ini membuat keputusan untuk menutup terus proses dan langkah berikutnya.”
Stuart turut menjelaskan FAM akan bertegas dalam proses pengesahan status pemain dan kami tidak memandang ringan syarat dan kaedah yang perlu dipatuhi sebelum pakar-pakar teknikal melakukan penilaian terhadap tahap dan prestasi pemain berkenaan.