Terkini : Bojan Hodak Jurulatih Baru The City Boys Musim 2021

Berita pertukaran jurulatih baru pasukan Kuala Lumpur FC membuatkan penyokong mereka terkejut setelah Bojan Hodak mengesahkan bahawa beliau telah bersetuju untuk menerima tawaran dari kelab itu sebagai jurulatih skuad KL City Boys bagi musim baru ini.

Perkara ini telah disahkan oleh beliau sendiri dalam satu wawancara bersama wartawan Astro Arena , Zulhelmi Zainal Azam secara eksklusif dan ia telah dikongsikan di platform Twitter Astro Arena pada hari semalam.

Dalam wawancara berkenaan , Bojan Hodak mengakui menerima satu panggilan telefon daripada CEO KLU FC sendiri iaitu Stanley Bernard yang mengemukakan pelan jangka masa panjang untuk bolasepak kelab Kuala Lumpur dan Bojan tertarik dengan pelan itu dan bersiap sedia untuk kembali ke Malaysia.

Stanley Bernard merupakan bekas anak didik Bojan Hodak ketika Stanley bermain untuk pasukan UPB-My Team pada tahun 2006-2009.

Sebelum ini , pengurusan Kuala Lumpur FC telah pun bersetuju melantik jurulatih yang berasal dari Chile , Simon Elissetche yang mengendalikan kelab dari Indonesia Timur Leste dengan kontrak enam bulan terlebih dahulu yang telah disahkan oleh Setiausaha Agung KL United FC tetapi peluang itu disambar setelah pengurusan melihat ada ruang untuk melantik Bojan Hodak sebagai jurulatih bagi The City Boys.

Wartawan Astro Arena berkata bahawa sumber daripada pengurusan KLU FC menyatakan tiada apa-apa masalah dalam urusan perlantikan Simon tersebut termasuklah menggugurkan semula nama jurulatih berkenaan yang mungkin mempunyai perjanjian persefahaman bersama dengan pengurusan.

Reputasi jurulatih yang berusia 49 tahun ini di dalam Liga Super Malaysia dan pernah mengendalikan pasukan yang mempunyai nama gah seperti Kelantan FA pada tahun 2012- 2013 , Johor Darul Ta’zim 2014 – 2015.

Beliau menjadi jurulatih yang paling berjaya untuk Kelantan selepas membawa pasukan yang bergelar Red Warrior menyapu bersih Juara Liga Malaysia , Trofi Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun 2012.

GOMO KELATE GOMO MANCHESTER UNITED GO GO UNITED: KELANTAN JUARA TREBLE TERBARU

kredit gambar – gomomerahgomo.blogspot.com

Semasa menjadi jurulatih kelab Johor Darul Ta’zim , Bojan Hodak telah menghadiahkan Kejuaraan Liga Super Malaysia yang pertama kepada JDT selepas tranformasi yang dilaksanakan oleh pemilik kelab , DYAM Tunku Mahkota Johor dan menjadi naib johan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun berkenan.

kredit gambar – Mstar

Beliau juga pernah menjadi CEO untuk pasukan Penang FA dan menjadi jurulatih skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19).

Pada hujung 31 Disember 2019 , Bojan Hodak berkelana ke negara Indonesia dan menjadi pengurus kelab PSM Makasar

Bagaimanapun jodoh beliau bersama kelab itu tidak panjang dan beliau telah dilepaskan dari kelab PSM Makasar selepas situasi yang tidak berapa baik akibat kesan pandemik Covid-19.

Kini beliau kembali dalam Liga Super Malaysia untuk mengendalikan kelab yang baru dinaikkan daripada Liga Premier pada musim lepas dan akan membentuk pasukan yang mantap bersama pemain yang pernah bermain di bawahnya iaitu Safee Sali dan Indra Putra Mahyuddin serta tonggak pertahanan yang paling senior berusia 41 tahun , Shukor Adan.

Kongsi artikel ini