Tiga pemain Leicester City telah diasingkan daripada skuad utama selepas menunjukkan simptom dijangkiti wabak coronavirus.
Perkara itu disahkan oleh pengurus pasukan, Brendan Rodgers dan mengesahkan ketiga-tiga pemain adalah dari kalangan pemain pasukan utama.
Rodgers bagaimana pun tidak menamakan butiran pemain yang dikuarantin, dan berkata pihak kelab telah mengikuti prosedur yang diperlukan.
Brendan Rodgers: "We've had a few players that have shown symptoms and signs (of coronavirus). We’ve followed procedures and (as a precaution) they have been kept away from the squad." pic.twitter.com/KZDXeRgzhT
— Leicester City (@LCFC) March 12, 2020
The Foxes dijadualkan beraksi menentang Watford di Vicarage Road di saingan Liga Perdana Inggeris pada tengah malam (waktu tempatan) Sabtu akan datang.
“Kami sudah ada beberapa pemain yang telah menunjukkan simptom dan tanda jangkitan [COVID-19],” kata Rodgers dalam sidang media menjelang perlawanan.
“Ia pasti mendukacitakan [jika perlawanan menentang Watford ditunda], tetapi kesihatan awam adalah keutamaan daripada segala perkara lain.”
On #WatLei:
"It will be a very tough game for us. Nigel [Pearson] did a brilliant job at Leicester and now at Watford you can see he has galvanised them." pic.twitter.com/H97mvBtLyD
— Leicester City (@LCFC) March 12, 2020
Ditanya oleh wartawan jika perlawanan ini berkemungkinan akan berlangsung di stadium kosong, Rodgers menjelaskan impak dan kesannya jika ia dilakukan.
“Perlawanan bola sepak adalah mengenai pemain dan juga penyokong. Jika salah satu dari mereka ini tiada di situ [perlawanan], sudah tentu ianya tidak sama.”
Leicester kini menduduki tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris, 4 mata di belakang Manchester City, dan mempunyai kelebihan 7 mata di atas Chelsea di tangga keempat.
Ini adalah salah satu musim paling berjaya buat The Foxes setelah pernah menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/16.