Terkini pengurusan kelab Terengganu FC mengorak langkah untuk meningkatkan taraf fasiliti pusat latihannya untuk kemudahan pemain-pemain serta jurulatih melakukan kerja-kerja mereka.
Pengurusan Terengganu FC mengambil langkah bijak menaiktaraf pusat latihan itu dengan menggunakan konsep binaan kontena sejajar dengan langkah penjimatan bagi mengurangkan kos yang tidak diperlukan.
🏴🏳️ PROSES NAIK TARAF FASILITI PUSAT LATIHAN TERENGGANU FC 🏳️🏴
Pusat latihan pasukan TFC kini dalam proses naik taraf dengan membina sebuah struktur fasiliti yang akan menempatkan beberapa ruangan khas buat pasukan bagi kegunaan sebelum dan selepas latihan. pic.twitter.com/CqDEMspEui
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 24, 2020
Kelab Terengganu FC dalam proses membina kemudahan baru yang akan mempunyai beberapa ruangan baru seperti bilik perbincangan barisan kejurulatihan, bilik barisan teknikal pasukan, ruang rakaman, bilik persalinan pemain, bilik penempatan barangan latihan, serta tandas pasukan.
Ianya termasuklah bilik perbincangan buat barisan kejurulatihan, bilik barisan teknikal pasukan, ruang rakaman, bilik persalinan pemain, bilik penempatan barangan latihan, serta tandas pasukan.
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 24, 2020
Fasiliti baru ini dijangka dapat disiapkan dan ia boleh digunakan oleh pasukan Terengganu FC sebelum bermulanya Liga Super Malaysia (MSL) musim 2021.
Pasukan Terengganu FC adalah kelab bolasepak yang pertama dalam Liga Super Malaysia yang menggunakan konsep binaan kontena dan bakal akan diikuti oleh kelab bolasepak lain yang mempunyai sumber kewangan terhad.
Kemudahan fasiliti yang lengkap seperti yang dilakukan oleh Terengganu FC amatlah penting bagi sebuah pasukan dalam memantau prestasi pemain-pemain disamping merangka strategi daripada barisan kejurulatihan serta melakukan hal-hal yang lain.
Kelab Terengganu FC telah berjaya mendapatkan pemain-pemain muda untuk membentuk pasukan yang mantap dalam menghadapi saingan MSL dan piala AFC buat pertama kali pada musim depan.
Terlebih dahulu Terengganu FC juga telah mendapat perhatian daripada DYAM Tunku Mahkota Johor dalam satu wawancara baru-baru ini dimana pasukan berkenaan akan menjadi pencabar rapat untuk kelab Johor Darul Ta’zim bagi kejuaraan Trofi Liga Super Malaysia