Terengganu FC telah mengumumkan kehadiran pemain import terbaru mereka iaitu Babacar Diallo. Kehadiran pemain import dari Senegal itu diumumkan melalui satu majlis ringkas yang diadakan pad ahari ini.
Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan di Turki, Finland, Amerika Syarikat dan Austria.
Pasukan terakhirnya sebelum menyertai TFC adalah Kuopion Palloseura (KuPS), kelab yang bersaing dalam liga utama Finland, Veikkausliiga.
Babacar Diallo seems to be a highly promising signing for @FCTerengganu. Very powerful in the air & proven entity in Finland, even scores. NZ may have gotten this one right. Fun fact: from the same club which @Dicksonnwakaeme once played for, @KuPS1923. pic.twitter.com/Fl9eZc2SME https://t.co/Hb3P1eojEr
— Marco Negeri (@MarcoNegeri) December 11, 2019
Berketinggian 1.93cm dan bersusuk tubuh tinggi, pemain ini dilihat mampu menjadi benteng utama skuad kendalian Nafuzi Zain di bahagian pertahanan.
Lebih daripada itu, pemain yang dikenali dengan nama panggilan “Baba” ini turut mampu membantu pasukan memburu gol melalui gerakan set-pieces.
Pada musim hadapan, Terengganu akan menyandarkan kekuatan pemain import kepada Lee Tuck, Sanjar Shaakhmedov, Faris Ramli, Dominique Da Sylva dan juga Babacar Diallo.