βThe Fighterβ. Itulah gelaran yang sewajarnya diberikan kepada pemain beregu wanita negara, Pearly Tan selepas masih berusaha kembali ke gelanggang permainan walaupun mengalami kecederaan lutut yang agak serius di Terbuka Jepun semalam.
Akhirnya Pearly terpaksa menyerah kalah, dan beliau bersama pasangannya M. Thianaah terpaksa menarik diri di dalam perlawanan rubber set peringkat 16 pemain terakhir menentang gandingan Lee Yu Lim-Baek Ha Na dari Korea Selatan.
Kedudukan pada ketika itu menyaksikan Pearlly-Thinaah sedang ketinggalan 16-11 apabila terpaksa menarik diri.
Permulaan cemerlang
Gandingan Pearly-Thianaah bermula dengan baik apabila menang set pertama 21-13.
Pada suatu masa di set kedua, beregu wanita negara itu turut mendahului 17-13 pada set kedua.
Attack & defense equally powerful pic.twitter.com/4wAiwkTpdS
β Z ππ²πΎ (@theone_xyz) September 1, 2022
Dan pada ketika itulah Pearly mulai ditimpa kecederaan apabila mengalami kecederaan di lutut kiri hasil impak lompatan dan pendaratan yang tidak betul.
Selepas dirawat oleh pasukan perubatan, Pearly dibenarkan untuk menyambung kembali permainan.
Namun kecederaan yang dialami oleh Pearly membenarkan Yu-Lim-Ha Na kembali dengan kemenangan 21-19 pada set kedua.
Thissss! Gill said it.. omg Pearly!!! pic.twitter.com/iyDXmOFNFe
β Z ππ²πΎ (@theone_xyz) September 1, 2022
Di set ketiga, Pearly-Thianaah bermula dengan garang dan pada satu ketika memiliki pendahulan 9-3.
Tetapi kesakitan di bahagian lutut Pearly sudah sukar ditanggung menyebabkan beliau bergelut di dalam setiap gerakan.
Situasi itu membenarkan pasangan Korea mengambil kesempatan untuk mendapatkan 13 mata dan kemudian 15 mata, sebelum pasangan negara tersebut mengambil keputusan menarik diri.
Kecederaan harmstring
Berdasarkan pemeriksaan awal oleh pasukan perubatan, jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky berkata Pearly mengalami kecederaan harmstring.
Terpaksa menarik diri, Pearly dilihat tidak tahan menahan air mata, sambil ditenangkan oleh pasangganya M. Thiannah.
That's enough Pearly. I know u want to finish this, but your knees want you to stop. My goodness π
Hearing her sobbing is so painful π
Semangat dia still nak bertarung tu, π
You did your best, Thinaah too. Please, hope nothing bad happened to her now#JapanOpen2022 pic.twitter.com/WzDWXrTsSE
β Z ππ²πΎ (@theone_xyz) September 1, 2022
Beregu dari Korea, Yu Lim-Ha Na turut tampil memberikan kata semangat kepada Pearly dan membantu pemain itu berjalan keluar dari gelanggang β sambil disambut tepukan gemuruh oleh penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di antara kedua-dua beregu.
Semangat melawan Pearly sehingga tidak mempedulikan kecederaan yang dialaminya untuk berjuang sehingga ke titisan keringat terakhir wajar dipuji.
Tetapi apa yang penting kini ialah beliau perlu kembali pulih dahulu daripada kecederaan tersebut, dan kembali lebih kuat pada masa akan datang.
Sisa baki perjuangan skuad negara
Walaupun tanpa gandingan Pearly-Thianaah, masih banyak yang menanti peminat badminton negara di Terbuka Jepun kali ini.
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing dan Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei antara gandingan regu yang maih kekal meneruskan perjuangan
Di dalam acara beregu campuran, gandingan Kian Meng-Pei Jun menewaskan pasangan Taiwan dalam pertarungan sengit yang berakhir Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-14, 11-21, 21-15.
Kian Meng-Pei Jun akan berhadapan juara Olimpik dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping untuk merebut tempat ke separuh akhir.
Gandingan Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei juga akan melalui laluan sukar berhadapan juara dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong di suku akhir pada hari ini. Sebelum itu kedua-duanya menewaskan pasangan dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek, 29-3, 21-18, 21-11.