Petugas skuad Harimau Malaya kini sedang memantau rapi kesihatan penjaring gol hatrik Safawi Rasid susulan pengesahan Tan Cheng Hoe bahawa pemain berjersi nombor 11 ini merupakan rakan sebilik dengan Akhyar Rasyid.
Akhyar Rasyid merupakan pemain ketiga yang positif Covid19 sebelum perlawanan di antara Malaysia menentang Laos kelmarin. Seorang lagi pemain pertahanan Quentin Cheng juga didapati positif dan mereka sedang menjalani kuarantin selama 10 hari.
@ASTROARENA just confirming Akhyar Rashid and Quentin Cheng positive for Covid-19. #AFFSuzukiCup2020
— 🐰 (@nurinsabrinax) December 9, 2021
Kini Tan Cheng Hoe telah kehilangan empat pemain berikutan sebelum ini penjaga gol dan pemain sayap , Khairul Azhan dan Faisal Halim juga mendapat Covid-19 setibanya mengambil ujian calitan di Lapangan Terbang Changi dan tidak berada dalam senarai kebelasan dalam dua perlawanan yang lalu.
Berkata Tan Cheng Hoe dalam sidang media secara maya, “Memang pemain di sini duduk satu bilik dua orang. Memang duduk sekali (Safawi dan Akhyar), tapi benda ini kita tak pasti lagi adakah 100 peratus boleh berjangkit.
“Buat masa ini Safawi dalam keadaan yang terbaik. Safawi pun tak cakap apa-apa tentang tahap kesihatan, nampak dia sihat dan bersemangat. Pemain-pemain lain pun sama, tak ada sebarang simptom.
Kini jurulatih daripada Kedah hanya mempunyai 20 orang pemain daripada 24 pemain yanf di bawa ke Singapura termasuk Dian Cools yang akan tiba di bumi Singapura sebelum menjelang perlawanan menentang Indonesia dari Belgium.
Pengurusan skuad kebangsaan turut membuat rayuan untuk menggantikan pemain yang dijangkiti Covid19 tetapi ia bergantung kepada keputusan kerajaan Malaysia kerana mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Menjelang perlawanan ketiga #AFFSuzukiCup menentang Vietnam , jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe sahkan skuad Negara ada membuat rayuan untuk mendapat pemain gantian.
Skuad Negara kini dibebani masalah jangkitan Covid-19 yang telah menjangkiti beberapa pemain skuad Negara. pic.twitter.com/Z3vz8xiuRy
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 10, 2021
Namun , skuad Negara pasrah seandainya rayuan berkenaan tidak dapat ditunaikan dan beliau optimistik dan positif dengan barisan pemain-pemain yang sedia ada serta bersiap-sedia untuk diturunkan di mana-mana posisi yang diperlukan.
Safawi Rasid kembali semula kepada prestasi yang cemerlang setelah melalui tahun 2021 dengan kecederaan dan sedikit kontroversi dalam kehidupan peribadinya sudah pasti melegakan kem kebangsaan tertutama Tan Cheng Hoe dan sekiranya pemain sayap ini positif ia merupakan kehilangan yang besar bagi menghadapi Vietnam dan Indonesia dalam perlawanan yang seterusnya.
Ninety minutes of 🇲🇾 vs 🇱🇦
Let's all celebrate Safawi Rasid’s hattrick today. I hope he maintains his momentum and does well in the #AFFSuzukiCup2020.
He was on and off with JDT this season, but we are beginning to see his true self in Singapore. Onwards and upwards, Pawi! pic.twitter.com/rT7Wn8b4As
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 9, 2021
“Kita berdoa agar tak ada lagi pemain yang positif COVID-19 lagi termasuk Safawi Rasid”. Itulah harapan dan doa daripada Tan Cheng Hoe.