Tamat Pinjaman Odisha FC Ke Manakah Mat Don Pergi Selepas Ini?

Kelab Odisha FC telah mengesahkan bahawa pemain tengah Johor Darul Ta’zim itu telah meninggalkan pasukan setelah tempoh pinjamannya tamat.

Liridon Krasniqi 30 tahun telah dipinjamkan kepada kelab berkenaan yang berpengkalan di Bhubaneswar India yang bermain dalam Super League India pada Ogos 2021 daripada kelab Johor Darul Ta’zim.

Beliau mendapat banyak minit permainan dengan 16 kali berada dalam kesebelasan dan sebagai pemain gantian semasa beraksi di kelab berkenaan.

Pemain yang lebih dikenali sebagai Mat Don sedang berkira-kira ke mana hala tujunya selepas ini menerusi muatnaik dalam akaun Instagram story beliau kepada para penyokongnya yang menjadi tanda tanya.

Dalam tempoh dua musim Liridon Krasnaqi banyak menghabiskan masa di kelab yang dipinjamkan oleh JDT. Sebelum ini beliau dipinjamkan kepada kelab dari Australia , Newcastle Jet pada awal tahun 2021.

Hanya sempat mendapat sembilan kali penampilan beliau kembali ke JDT sebelum pemilik kelab Tunku Mahkota Johor menghantar beliau ke Super League India pula.

Tahun ini mungkin tahun yang tidak menyebelahi nasibnya selepas pemain naturalisasi itu digugurkan dalam skuad kebangsaan di bawah era baharu Kim Pan-gon yang mencatatkan sejarah setelah layak ke Piala Asia 2023 secara merit.

Kemanakah destinasi pemain itu mungkin hanya beliau sahaja yang menentukannya dan pasti mahukan kelab itu memberikan lebih kerap dirinya diturunkan dalam setiap perlawanan.

Kelab JDT telah pun mendapatkan beberapa pemain baharu seperti Daniel Ting dan Jordi Amat bagi memperkuatkan pasukan mereka dan agak sukar Liridon untuk memecah masuk ke dalam skuad Benjamin Mora berkenaan.

Kongsi artikel ini