Taikun Media Amerika Syarikat Rancang Sailang Pengambilalihan Newcastle United Arab Saudi

Usahawan Amerika Syarikat, Henry Mauriss dikatakan telah membida sebanyak £350 juta untuk mendapatkan Newcastle United, dan mahukan pengambilalihan tersebut diselesaikan sebelum saingan musim hadapan bermila.

Laporan Daily Mail berkata Mauriss bersedia untuk bertindak cepat untuk pengambilalihan kelab tersebut.

Namun segala-galanya juga aka n bergantung sekiranya konsortium Arab Saudi gagal mendapat perkenan Premier League untuk pengambilalihan.

Tawaran lebih besar?

Mike Ashley sebelum ini dikatakan telah bersetuju dengan tawaran £300 juta dari konsortium Arab Saudi yang mewakili Putera Mahkota Mohammed Bin Salman.

Mauriss dikatakan sanggup membayar permintaan asal Ashley dengan lebihan £50 juta berbanding tawaran oleh Arab Saudi untuk kelab tersebut bertukar tangan kepada beliau

Perkhabaran ini disambut secara skeptikal oleh rata-rata penyokong The Magpies yang masih mengharapkan pengambilalihan oleh Arab Suadi dapat dilengkapkan segera.

Siapa Henry Mauriss?

Tidak banyak diketahui mengenai kekayaan yang dimiliki oleh Mauriss.

Beliau kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif kepada Clear TV, yang mendominasi penyiaran televisyen ke setiap lapangan terbang dan hospital di Amerika Syarikat.

Clear TV pula hanya ditubuhkan pada 2014. Sebelum itu Mauriss juga dikenali dengan bisnes kad kreditnya sendiri – Credit America Coroporation yang dimulakan pada 1998.

Sumber mengatakan tawaran oleh Mauriss adalah benar, dan usahawan ini adalah peminat sukan bola sepak yang sebenar. Tetapi kelab yang diskong oleh beliau sebenarnya adalah Tottenham Hotspur.

Garis masa tawaran oleh Mauriss menimbulkan tanda tanya wujudnya saga dalam pengambilalihan Newcasle United.

 

Kongsi artikel ini