Expand To Show Full Article
Syafiq Ahmad Kemalangan Jalanraya , Tiga Maut Termasuk Bayinya. - Grandstand Kita

Syafiq Ahmad Kemalangan Jalanraya , Tiga Maut Termasuk Bayinya.

Penyerang Johor Darul Ta’zim , Syafiq Ahmad 25 telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap awal pagi tadi.

Menurut laporan Utusan Online , kemalangan ini menyebabkan tiga orang terkorban termasuklah bayi yang berusia 22 hari. Dua orang wanita berusia 45 tahun dan seorang warga Indonesia 35 tahun turut maut dalam kemalangan itu. Syafiq Ahmad dan seorang lagi anaknya mengalami kecederaan ringan tetapi isterinya cedera parah dan telah di hantar ke hospital yang berdekatan untuk rawatan lanjut.

Bomba yang telah mendapat panggilan kecemasan pada jam 5.36 pagi bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 10 minit selepas itu mendapati terdapat enam mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire di dapati remuk setelah dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

Tiga mangsa itu telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan yang selanjutnya.

 

Kongsi artikel ini