Bahang wabak coronavirus semakin dirasai di seluruh dunia. Korea Selatan, Jepun, Iran dan Itali adalah antara negara yang terjejas teruk untuk negara di luar China.
4,630 kematian telah direkodkan setakkat ini melibatkan 126,135 kes di seluruh dunia. Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula merekodkan 149 kes telah dilaporkan di negara ini.
Sekurang-kurangnya kita harus bersyukur kerana penularan wabak ini masih terkawal di negara ini, dan belum membabitkan kes kematian.
Namun kita tidak boleh menafikan bagaimana wabak ini telah menjejaskan segala perkara termasuklah industeri perlancongan dan juga sukan.
La Liga digantung
Bola sepak eropah adalah antara yang paling teruk terjejas buat masa ini. Serie A misalnya digantung buat sementara sehingga 3 April hadapan selepas Itali merekodkan lebih 800 kematian akibat wabak tersebut.
Kebanyakkan perlawanan turut diadakan di stadium tertutup, termasuklah perlawanan UEFA Champions League yag berlangsung pada minggu ini.
Pemain-pemain Hoffenhaim di Bundesliga dan Juventus di Serie A juga antara kelab utama eropah yang terkesan selepas terdapat pemainnya yang disahkan positif virus tersebut.
Terbaru La Liga turut mengumumkan saingan domestik di negara tersebut ditangguhkan selama dua minggu (minimum) selepas skuad Real Madrid terpaksa dikuarantin.
Pengumuman PSM
Saingan bola sepak di Asia turut terjejas. Saingan Liga-Liga Juara AFC dan Piala AFC serta perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac ini turut akan ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak.
Terbaru pada hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan arahan agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan wabak ini.
Sehubungan dengan kenyataan terbaru itu, Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM) turut menasihatkan agar semua penganjur sukan tempatan dan antarabangsa melakukan penangguhan sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Apakah kesannya kepada saingan Liga Malaysia?
Berdasarkan arahan terbaru ini ada dua kemungkinan yang mungkin akan berlaku membabitkan saingan Liga Malaysia.
Berdasarkan jumlah kes, penularan wabak di Malaysia masih lagi dianggap terkawal. Arahan bermain di stadium kosong adalah salah satu pilihan yang mungkin diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football league (MFL).
Namun demikian, arahan untuk beraksi di stadium kosong turut akan memberikan kesan secara langsung kepada pendapatan pasukan yang bergantung kepada jualan tiket perlawanan.
🇮🇹 All sporting events in Italy have been postponed after prime minister announces whole country is being put on lockdown
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 9, 2020
Seramai 75,563 penonton direkodkan untuk kehadiran ke stadium pada minggu kedua membabitkan 11 perlawanan di saingan Liga Super yang berlangsung pada pertengahan minggu ini.
Jumlah tersebut dipercayai lebih tinggi untuk perlawanan yang berlangsung pada hujung minggu.
Apakah penyelesaiannya?
Satu mesyuarat khas diantara FAM dan MFL dijadualkan berlangsung esok di Wisma FAM.
INFO: Mesyuarat Khas Mengenai Isu COVID-19Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) & Malaysian Football League akan…
Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, 12 March 2020
Hanya selepas itu, barulah kita akan jelas akan apa yang akan bakal menanti saingan Liga Malaysia pada musim ini.
Sehingga kini, dua pusingan liga telah berlangsung. Adakah akan berlaku penangguhan seperti di Serie A atau La Liga? Atau adakah saingan Liga Malaysia akan berlangsung di dalam stadium kosong?
Satu perkara pasti meneruskan saingan pada peringkat ini mengundang risiko kesihatan besar kepada setiap kita.
Bola sepak atau kesihatan manusia sejagat? Tepuk dada tanya selera.