Sumareh Rindu Matt Davies, Dan Berpendapat Free Kick Safawi Lebih Power Dari Safiq Rahim

Mohamadou Sumareh adalah penyokong Manchester United, berpendapat Cristiano Ronaldo lebih baik dari Messi, dan mengakui dirinya merindui rakan baik Mathew Davies yang telah berhijrah menyertai JDT pada musim ini.

Pemain naturalisasi pertama negara itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peminat melalui sesi soal jawab bersama peminat di Instagram peribadi miliknya.

 

Malah pemain sayap Pahang itu juga menyatakan sudah tidak sabar untuk kembali menyertai pasukan negara untuk beraksi di samping Liridon Krasniqi – pemain kelahiran Kosovo – yang turut sudah menerima status naturalisasi.

Menjawab soalan peminat, Sumareh turut berkata Corbin Ong adalah bek kiri yang paling sukar dihadapi oleh beliau setakat ini.

Manakala pemain pertahanan tengah pula, Sumareh menamakan permain pertahanan Perak, dan rakan sepasukan di Harimau Malaya, Shahrul Saad sebagai pemain paling sukar dihadapi.

Sumareh turut berpendapat Safawi Rasid mempunyai teknik sepakan percuma yang lebih baik berbanding bekas kapten negara, Safiq Rahim.

Mengenai kapten pasukan baharu Tok Gajah, Dickson Nwakaeme pada musim ini Sumareh betanggapan pemain dari Nigeria itu sebagai seorang pemain yang amat merendahkan diri.

Sumareh baru-baru ini turut mendapat tajaan daripada Proton, sekaligus dilantik sebagai duta syarikat pengeluar kereta nasional itu.

Sejak menyertai pasukan kebangsaan, Sumareh telah menjaringkan 6 gol untuk pasukan negara. Ketika ditanya peminat, Sumareh memilih jaringan menentang Thailand sebagai gol kegemarannya setakat ini.

Sumareh melakukan half-volley selepas menerima umpanan lambung Brendan Gan untuk pasukan negara menewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Kongsi artikel ini