Sumareh, Brendan Antara Pemain Bola Sepak Negara Zahirkan Ucapan Hari Ibu

Hari ibu disambut pada hari Ahad, minggu kedua Mei setiap tahun. Lazimnya, sambutan dilakukan di seluruh dunia secara serentak.

Namun terdapat juga beberapa negara di Eropah menyambutnya pada tarikh berlainan. Di UK misalnya, Hari Ibu disambut pada Mac. Manakala negara seperti Portugal pula menyambut Hari Ibu pada Ahad minggu pertama Mei.

Hari Ibu ialah hari apabila seluruh dunia memperingati jasa dan pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.

Ibu bukan hanya gelaran yang terhad kepada ibu kandung kita sahaja. Isteri, ibu kepada anak-anak kita juga adalah seorang ibu. Begitu juga bagi anda yang mempunyai penjaga yang sudah dianggap sebagai ibu, atau pun ibu mertua.

Ibu juga harus diraikan setiap hari, dan bukan hanya pada Hari Ibu semata-mata. Alasannya mudah. Jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka kongsikan kepada kita amatlah besar.

Mohomadou Sumareh

Tidak ketinggalan mengucapkan Hari Ibu adalah pemain bola sepak kebangsaaan.

Mohomadou Sumareh misalnya memanjat kesyukuran kerana memiliki seorang penjaga seperti ibunya.

“Saya tahu membesarkan saya tidak mudah. Kerana itu saya amat bersyukur untuk kasih sayang tanpa syarat dan kesabaran dari ibu! Selamat Hari Ibu,” ucap Sumareh di Instagram beliau sambil berkongsi gambar dirinya dan ibu kesayangan.

Brendan Gan

Sambutan Hari Ibu buat Brendan sedikit istimewa pada tahun ini kerana kelahiran cahaya mata pertama bersama pasangannya.

Pemain tengah negara dan Selangor itu sempat memuat naik sekeping foto beliau dan isterinya bersama cahaya mata kesayangan pasanga tersebut di Instagram.

View this post on Instagram

Happy 1st Mother’s Day 🙌🏽❤️ . You have taken to motherhood like you have been doing it your whole life.. which isn’t that surprising as you have looked after me for years! 😂 . You are an amazing mum to Koko and he loves you so much, Thanks for being our rock and for bringing our beautiful little boy into the world 🥰 . Happy Mothers Day to all the mums out there, you are all superwomen and are the apple of every child’s eye 🙌🏽🎈 . #ithasBGAN #BG88 #RoadToRecoveryHasBGAN #ACLrehab #ACLRecovery #TheReturn #StayPositive #NikeMY #Fitness #Health #Goals #LiveLife #LoveLife #Mindset #Malaysia #Australia #Sydney #Cronulla #Selangor #KitaAdalahSatu #Positive #Footballer #Inspiration #StaySafe #PlayForTheWorld #CoronaVirus #MentalStrength #MothersDay #HardWork #Lockdown

A post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on

Ini adalah sambutan Hari Ibu pertama buat isteri beliau, dan Brendan kagum dengan keupayaan isterinya yang seolah-olah sudah biasa menjaga ana mereka.

Turut tidak ketinggalan, Brendan turut mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu kandungnya.

Aidil dan Zaquan

Pasangan kembar, Aidil dan Zaquan Adha sememangnya terkenal dengan kelincahannya di atas padang dan merupakan pemain untuk pasukan Malaysia juga.

Bagaimanapun, mereka tidak bermain dalam pasukan yang sama menerusi Liga Malaysia di mana Aidil bersama pasukan JDT dan Zaquan pula berada dalam pasukan Kedah.

Kedua-duanya sudah 13 tahun berkecimpung dalam dunia bola sepak secara profesional dan siapalah anak-anak tanpa sokongan seorang ibu.

Safawi Rasid

Tidak boleh dinafikan, Safawi Rasid adalah pemain terbaik yang pernah negara ini lahirkan pada hari ini.

Bakatnya bermula di Terengganu. Namun tidak boleh dinafikan apa yang dicapai oleh Safawi pada hari ini telah dibangunkan di JDT.

Secara keseluruhan, Safawi mempunyai 13 oranga adik beradik, dan datang daripada keluarga yang cukup besar.

Safawi pula adalah anak yang ke-9. Walaupun dengan jadual latihan dan perlawanan yang sibuk, Safawi tidak pernah gagal menghubungi keluarganya, atau kembali ke terengganu untuk melawat keluarganya.

Bagi Safawi keluarga terutama ibunya adalah tulang belakang utama dalam kariernya

Penutup

Kami yakin masih ramai di kalangan pemain dan atlet negara yang turut berkongsi dalam menzahirkan rasa terimas kasih kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu.

Sudahkah anda menghubungi ibu anda? Hargailah mereka selagi ada.

Kongsi artikel ini