Pasukan kendalian Thomas Tuchel , Chelsea telah berjaya menempatkan diri di saingan suku akhir Liga Juara-juara Eropah semenjak dari 2014 selepas anak buahnya berjaya menundukkan skuad Diego Simione , Atletico Madrid dengan agregat 3-0 bersama Liverpool dan Manchester City.
Full-time!
A superb display puts us through to the last 8 ๐๐ #CHEATM pic.twitter.com/zEJIai6l7zโ Chelsea FC (@ChelseaFC) March 17, 2021
Tumpuan diberikan kepada ketiga-tiga pasukan London ini kerana undian suku akhir Liga Juara-Juara akan berlangsung di Nyon , Switzerland pada hari ini. Bersama dengan pasukan ini akan disertai oleh Real Madrid , Porto , Paris Saint German serta dua wakil dari German , Bayern Munich dan Borussia Dortmund.
๐คฉ Introducing your 2020/21 quarter-finalists!
๐ Predict the championโฆ#UCL pic.twitter.com/we74XekV76
โ UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 17, 2021
Mengikut kedudukan liga sudah pasti Bayern , City dan PSG merupakan pasukan yang cuba dielakkan untuk bertemu pada peringkat awal biarpun tidak boleh memilih lawan mereka sendiri.
Tetapi potensi untuk bertemu sesama sendiri seperti yang boleh berlaku di antara tiga gergasi Inggeris dan dua gergasi German yang sudah pasti menjadi kelebihan kepada pasukan Galaticos , Porto dan PSG.
๐ Who can your team get in Friday's Champions League quarter-final draw?
See all the possible scenarios ๐#UCLdraw
โ UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 18, 2021
Chelsea
Thomas Tuchel sudah pasti bersiap sedia untuk bertemu dengan mana-mana pasukan lawan termasuklah bekas pasukannya Paris Saint German yang memecat beliau hujung tahun lalu yang kini dikendalikan oleh Mauricio Pochettino bekas pengurus Tottenham Hotspurs.
Thomas Tuchel has set the record for ๐ญ๐ก๐ ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐ฌ๐ญ ๐ฎ๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐ฌ๐ญ๐๐ซ๐ญ by a Chelsea manager in club history. ๐๐ pic.twitter.com/0Kc9q9EbFa
โ Thomas Tuchel โ (@ThomasTuchell) March 18, 2021
Chelsea di bawah pengendalian Tuchel kini melebarkan rekod tanpa kalahย kepada 13 perlawanan dan tanpa bolos 11 daripada 13 perlawanan itu juga sejak mengambil alih dari Lampard.
Quarterfinals of the Champions League. Fourth in the Premier League.
Chelsea are looking STRONG under Thomas Tuchel ๐ช pic.twitter.com/00uZ1lzNB1
โ B/R Football (@brfootball) March 17, 2021
Seandainya undian sebenar menemukan dua kelab ini , sudah pasti ia menjadi tumpuan peminat seluruh dunia. Tuchel pasti mengetahui rahsia bekas anak-anak buahnya dan pasti mempunyai ramuan terbaik untuk menundukkan PSG yang mempunyai bintang seperti Neymar , Mbappe dan Di Maria.
Manchester City
Skuad Pep Guardiola hampir pasti menjadi juara EPL musim 2020/21 dengan berbaki lapan perlawanan lagi. Ini menunjukkan kualiti pemain-pemainnya berada dalam prestasi tahap tertinggi dengan bukti jaringan oleh City telah mencapai 100 gol lima musim berturut-turut.
Man City have scored 100+ goals across all competitions in each of Pep Guardiola's five seasons at the club:
โ 2016-17: 107 goals
โ 2017-18: 143 goals
โ 2018-19: 169 goals
โ 2019-20: 149 goals
โ 2020-21: 100 goals*They really are the Centurionsโข pic.twitter.com/057PULrqoJ
โ Squawka Football (@Squawka) March 16, 2021
The City yang mudah menewaskan salah satu kelab dari German Borussia Monchengladbach di gelanggang lawan itu pasti mahukan Trofi Liga Juara-Juara yang masih belum dijadikan koleksi kelab sejak era Pep Guardiola bermula di Etihad.
Will Pep Guardiola win the #UCL at Manchester City? ๐ pic.twitter.com/mEUACiP9Kg
โ Goal (@goal) March 17, 2021
Ia menarik untuk di tonton sekiranya pasukan Pep Guardiola dan Zinedine Zidane bertemu pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah kerana kedua-dua pengurus ini pernah memenangi mahkota trofi tersebut.
Real Madrid di bawah pengendali Zizou mampu sampai ke suku akhir UCL biarpun dibebani dengan krisis kecederaan dan tiada kemasukan pemain baru ternyata ia satu perkara yang mesti dibanggakan oleh penyokong mereka.
โฌ0 spent in the last 3 transfer windows.
45 injuries for the season
Hazard hasn't literally played at all
But into the UCL last 8.
โZinedine Zidane.#MadridistaBD pic.twitter.com/i1dZKAMf3K
โ Peรฑa Madridista Bangladesh ๐ง๐ฉ (@pmadridistabd) March 17, 2021
Jikalau benar-benar terjadi perlawanan diantara City dan Madrid ia mungkin juga dianggap sebagai pertemuan yang klasik kerana kedua-dua jurulatih ini telah membuktikan karisma mereka sebagai seorang bekas pemain dan juga seorang jurulatih yang masak dengan taktikal dan tipu muslihat pasukan lawan.
Liverpool
The Reds menyerah kalah , mengangkat bendera putih kerana tidak berdaya untuk mengejar kejuaraan mahkota liga Inggeris. Kemerosotan prestasi anak buah Jurgen Klopp menyaksikan pasukan mereka jatuh ke tangga ke enam.
Namun , Liverpool masih lagi kuat dalam saingan UCL setelah menewaskan RB Leipzig untuk mengiringi City dan Chelsea sebagai tiga gergasi Inggeris di suku akhir di liga berprestij tinggi itu.
๐ค New game, new pair
๐ฅ Fab in the middle
๐ Champions League chances5 talking points from Liverpool 2-0 RB Leipzig.https://t.co/fjjig3kBpH
โ This Is Anfield (@thisisanfield) March 11, 2021
Ketika memenangi Liga Juara Juara Eropah 2018/2019 dan membawa pulang mahkota Liga Inggeris 2019/2020 buat kali pertama setelah 30 tahun , skuad Jurgen Klopp dianggap sebagai generasi emas yang terdiri daripada Sadio Mane , Salah , Henderson , van Dijk dan lain-lain dan musim ini pasti akan menjadi calon utama untuk mempertahankan kejuaraan EPL.
Kecederaan pertahanan termahal dunia Liverpool menjadi punca utama kepada kemerosotan prestasi Liverpool. Sesungguhnya tiada seorang pun yang pernah menduga bahawa pasukan Liverpool berada dalam situasi seperti sekarang semenjak awal Januari yang lalu.
Mungkin dengan memenangi trofi UCL boleh menjadi pengubat luka mereka dan terus memberikan harapan kepada penyokong bahawa Liverpool masih lagi menjadi pasukan yang unggul di Eropah.