Perlawanan akhir acara bola sepak lelaki menjadi tumpuan di Manila pada hari ini. Bagi edisi ke-30 temasya dwi tahunan ini, perlawanan akhir pada kali ini menemukan Indonesia dan juga Vietnam.
Indonesia bermula dengan garang apabila mengasak kubu Vietnam secara bertubi-tubi sejak perlawanan dimulakan.
Malah Indonesia terlebih dahulu menguji penjaga gol Vietnam, Nguyen Van Toan melalui sepakan percuma Zulfandi yang terpaksa ditepis keluar penjaga gol itu.
The Battle for the Mother of All Gold Medals at the SEA Games 2019 – 10 December
MEN’S FOOTBALL
RIZAL MEMORIAL STADIUM2000hrs – FINAL
VIETNAM vs INDONESIA
—
1600hrs – Third/Fourth
MYANMAR vs CAMBODIA pic.twitter.com/xfotLshooP— ASEAN Football (@AFFPresse) December 10, 2019
Vietnam bijak mengawal tekanan awal tersebut sebelum mulai mengimbangkan perlawanan.
Indonesia bagaimanapun kehilangan khidmat pemain tengah, Evan Dimnas akibat kecederaan dan terpaksa digantikan pada minit ke-24 perlawanan.
Idra Sjafri terpaksa menggantikan bekas pemain Selangor itu dengan Syahrian Abimanyu.
GOAL!!!! 🇻🇳🇻🇳🇻🇳🇻🇳
Đoàn Văn Hậu heads in on 39′.Vietnam 1-0 Indonesia #30thSEAGAMES #SEAGames2019 #vietnam
— Vietnam football (@soccervietnam) December 10, 2019
Minit ke-40, Vietnam berada di hadapan apabila sepakan percuma dari sebelah kiri ditanduk masuk oleh pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau untuk kedudukan 1-0.
Masa kecederaan babak pertama Vietnam berpeluang menambah jaringan. Namun hantaran Nguyen Tien Linh disepak tinggi oleh Hung Dung untuk separuh masa pertama perlawanan tamat dengan Vietnam mendahului Indonesia 1-0.
GOAL!!!! 🇻🇳🇻🇳🇻🇳🇻🇳
Đoàn Văn Hậu again! Tapping in at the far post this time to surely seal the win!74′: Vietnam 3-0 Indonesia #30thSEAGAMES #SEAGames2019 #vietnam @scHeerenveen
— Vietnam football (@soccervietnam) December 10, 2019
Babak kedua bermula, Indonesia terus bergelut dengan penguasaan oleh Vietnam. Malah pada satu ketika pemain-pemain Indonesia tampak hanya mampu berkampung di garis rendah untuk menyerap asakan Vietnam.
Usaha keras Vietnam untuk menambah jaringan akhirnya membuahkah hasil apabila percubaan Do Hung Dung menewaskan penjaga gol Indonesia untuk kedudukan berubah menjadi 2-0 pada minit ke-59 perlawanan.
Doan Van Hau terus menambah derita Indonesia selepas itu apabila berjaya meyepak masuk bola yang gagal ditepis kemas penjaga gol Indonesia melalui satu gerakan set-pieces, untuk kedudukan 3-0 pada minit ke-74 perlawanan.
Jurulatih Vietnam, Park Hang-Seo dilayangkan kad merah oleh pengadil dan diarahkan meninggalkan kawasan teknikal beberapa minit selepas itu kerana melakukan protes terhadap pengadil.
Tidak banyak boleh dilakukan oleh Indonesia selepas itu. Wisel penamat akhirnya ditiup oleh pengadil dan Vietnam memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Sukan SEA 2019 ini.