Expand To Show Full Article
Sudah Tidak Bersependapat, Matt Hardy Tinggalkan WWE - Grandstand Kita

Sudah Tidak Bersependapat, Matt Hardy Tinggalkan WWE

Matt Hardy melalui siaran You Tube mengumumkan telah meninggalkan WWE dan kini sedang mencari rakan kerja baru di dalam arena itu.

Pada hari ini Hardy mengeluarkan satu video di You Tube menjelaskan kontrak beliau bersama WWE sudah pun tamat, bermakna beliau akan meninggalkan syarikat tersebut.

Ahli gusti berusia 45 tahun itu berkata beliau sayangkan WWE dan tidak mahu pergi, namun menyifatkan ia adalah langkah terbaik untuk beliau menjadi ejen bebas.

“Saya akan menjadi ejen bebas, namun tidak pernah berkata tidak akan kembali kepada WWE. Saya tidak mahu meninggalkan WWE. Saya sayangkan WWE. WWE ibarat tumah saya. WWE melayan saya dengan baik selama tiga tahun ini,” kata Hardy.

“Mereka sangat baik terhadap saya. Mereka sangat baik terhadap keluarga saya. Mereka sangat baik kepada anak-anak saya. Saya cuma ada perkara baik untuk diperkatakan mengenai WWE dan semua orang yang bekerja di situ.”

Hardy turut meluahkan rasa gembira dengan Vince McMahon, Stephanie McMahon, dan Triple H.

Namun kini mengakui dirinya dan ketiga-tiga individu penting WWE itu kini sudah tidak sehaluan lagi, kerana merasakan dirinya memerlukan input kreatif, dan mempunyai banyak perkara untuk ditampilkan di dalam karier.

“Sebab utama saya meninggalkan WWE ialah kerana apabila ia mengenai pendirian menampilkan kreativiti – bagaimana saya melihat kreativiti diri sendiri dan karier dan bagaimana saya mahukan karier ini pergi dalam tempoh 3-4 tahun – saya berpendapat diri ini dan WWE sudah tidak berada di halaman yang sama.

“Saya mahukan perubahan dari segi kreativiti. Saya tidak lagi berusia 25 atau 30 tahun. Saya sudah berusia 45 tahun dan sepatutnya berfungsi dengan cara lain.

“Tetapi di dalam hati ini, saya tahu saya masih memberikan banyak sumbangan kepada industri. Saya masih mampu menghiburkan ramai, dan saya masih ada banyak perkara untuk diberikan kepada setiap daripada anda.

Hardy turut berpendapat beliau akan kembali ke WWE satu hari nanti, dan menggariskan arena Hall of Fame akan menanti. Buat masa ini, beliau hanya mahu jadi ejen bebas.

Beliau turut berkata akan menyaksikan setiap program gusti setiap minggu untuk mengikuti perkembangan sukan tersebut sambil menilai kembali pilihan untuk langkah seterusnya.

Penampilan terakhir Hadi di WWE ialah pada 17 Februari lalu apabila ditewaskan oleh Randy Orton

 

Kongsi artikel ini