Sudah Terbiar Lama, Stadium Shah Alam Bakal Dirobohkan?

Suatu ketika dahulu, Stadium Shah Alam pernah menjadi antara kebanggaan dan mercu tanda sukan tanah air, termasuk bola sepak.

Namun kini stadium berkapasiti 80,372 tempat duduk dan mulai digunakan pada 1994 itu dilaporkan akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek baharu komplek sukan baharu di tapak yang sama.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembangunan semula itu juga akan membabitkan Stadium Melawati sebelum tindakan selanjutnya diumumkan tidak lama lagi.

Utusan Malaysia melalui sebuah laporan semalam berkata stadium yang pernah menjadi beberapa acara antarabangsa itu akan digantikan dengan stadium lebih praktikal, khusus untuk bola sepak dengan kapasiti antara 30,000 sehingga 40,0000 tempat duduk.

Ini bukan kali pertama laporan dan perancangan untuk membina semula Stadium Shah Alam dilaporkan.

Pada Oktober 2021, Datuk Seri Amirudin Shari pernah menyatakan stadium tersebut akan dibaik pulih segera selepas mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

Namun sehingga kini stadium yang pernah menjadi kemegahan bola sepak Selangor dalam kancah bola sepak tempatan itu tetap terbiar, sehingga ura-ura ianya bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek baharu timbul semalam.

Di sebalik pelbagai laporan mengenai masa depan stadium tersebut, Sinar Harian melalui laporannya berkata pihak Darul Ehsan Fasilities Management Sdn Bhd (DEFM) selaku pihak pengurusan enggan mengulas mengenai isu stadium itu.

Kongsi artikel ini