Statistik Power Aaron Wan-Bissaka Yang Lumpuhkan Sterling & Mendy

Perubahan kepada Manchester United sememangnya amat ketara. Juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali ini belum tewas dalam 11 perlawanan di semua pertandingan.

Kali terakhir mereka menghasilkan rentetan sebegitu adalah ketika Ole Gunnar Solksjaer dilantik sebagai pengendali interim.

Selepas prestasi kurang konsisten, sejak daripada Mac – kebangkitan menentang PSG di Champions League – United akhirnya seperti menemui rentak yang mereka cari-cari selama ini.

Nasib United berubah sejak ketibaan Bruno Fernandes!

Posted by Grandstand Kita on Monday, 9 March 2020

Tidak dapat dinafikan konsistensi yang ditampilkan oleh skuad kendalian Solksjaer adalah disebabkan ketibaan pemain dari Portugal, Bruno Fernandes.

Bekas pemain Sporting Lisbon ini menjadi fokal kepada setiap gerakan yang dilakukan oleh United.

Namun bola sepak bukan permainan individu. Anda harus memiliki 11 pemain di atas padang untuk mendapat sebuah pasukan yang stabil.

Dalam perlawanan menentang Manchester City misalnya, prestasi bek kanan, Aaron Wan-Bissaka turut mencuri tumpuan.

Dengan tempat di dalam skuad England kini mulai menjadi rebutan, prestasi terkini yang memuncak dalam perlawanan menentang City tiba tepat pada masanya.

Fakta menarik Wan Bissaka vs City

Pada musim ini hanya Ricardo Pereira yang membuat lebih banyak tackle daripada Wan-Bissaka.

Pemain pertahanan Leicester City itu menghasilkan 116 tackle, dan Wan-Bissaka pula menghasilkan 99 tackle sepanjang musim ini di EPL.

Lapan daripada tackle tersebut hadir dalam perlawanan diantara Manchester United menentang Manchester City pada hujung minggu lalu.

Sepanjang 90 minit perlawanan, tiada pemain Manchester City yang berjaya melepasi Wan-Bissaka. Sepanjang tempoh itu, Wan-Bissaka tiga pintasan.

Wan-Bissaka vs Raheem Sterling

Penganalisis bola sepak bebas, Garth Crooks ketika berbicara kepada BBC menyifatkan pertembungan Wan-Bissaka dan Raheem Sterling telah menjadi perseteruan peribadi di sebelah sisi kanan serangan City.

Setelah gagal melepasi Wan-Bissaka, Pep Guardiola mengarahkan Sterling untuk beraksi lebih ke tengah untuk membenarkan Benjamin Mendy menguji Wan-Bissaka dengan kekuatan fizikalnya.

Sekali lagi, bekas pemain pertahanan Crystal Palace itu berjaya menjalankan tugasnya. Sebaliknya Sterling (5 kali), dan Mendy (3 kali) menyumbang 8 daripada 15 keseluruhan menyebabkan situasi di mana City terdedah oleh pemain lawan.

“Ini bukan pertandingan biasa. Ia telah menjadi amat peribadi,” kata Crooks kepada BBC.

“Saya pernah melihat bagaimana mereka bertembung dalam perlawanan derbi sebelum ini, dan ia amat menarik disaksikan.

“Saya harus berkata Wan-Bissaka berjaya melakukannya kali ini, dan Raheem Sterling tidak sukakan keadaan ini.

“Akhirnya Sterling beraksi sedikit ke hadapan di bahagian tengah untuk membenarkan Benjamin Mendy menggunakan kekuatan dan kepantasannya mencabar Wan-Bissaka – tetapi ia juga tidak berkesan.

“Pemain ini adalah pemain terbaik yang bijak melakukan terjahan pernah saya lihat sejak beberapa tahun.”

“This lad is one of the best timers of a tackle I have seen in years.”

Bek sayap moden

Jika ada aspek yang perlu diperbaiki oleh Wan-Bissaka dalam permainnya, ia adalah hantarannya untuk menghasilkan assist kepada bahagian serangan.

Jika perlawanan menentang City dijadikan ukuran, nyata pemain ini tidak gentar untuk melakukan larian ke hadapan.

Untuk menjadi seorang pemain bek sayap moden pada hari ini, kemampuan membantu bahagian serangan adalah satu kemestian.

Tatkala aspek bertahan Wan-Bissaka tidak perlu lagi dipersoalkan, ianya pasti menarik untuk melihat bagaimana pemain ini membangunkan aspek serangannya bersama United.

Persaingan skuad England

Trent Alexander-Arnold mungkin adalah pilihan utama Gareth Southgate untuk membarisi kesebelasan utama England di Kejohanan Euro 2020 nanti.

Tetapi berdasarkan keupayaan yang ditampilkan, Wan-Bissaka turut wajar berada di dalam skuad England untuk kejohanan tersebut.

Turut akan bersaing dengan pemain ini adalah pemain lain seperti Kyle Walker, Kieran Trippier dan juga Reece James.

Kongsi artikel ini