Statistik Mengagumkan Sanrawat Dechmitr Buktikan Pelaburan Bijak KDA FC

Pelaburan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapatkan pemain tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr ternyata berbaloi sekiranya statistik pemain itu dalam perlawanan menentang Visakha FC di pertandingan Piala AFC semalam diambil kira.

Sanrawat menyertai pasukan daru utara tanah air itu secara pinjaman dari Bangkok United FC pada jendela perpindahan musim kedua Liga Malaysia untuk menghadapi baki saingan musim ini.

Pemain tengah itu juga sempat didaftarkan oleh KDA FC untuk menghadapi saingan Kumpulan G Piala AFC baru-baru ini.

Semalam KDA FC mengesahkan  slot ke separuh akhir pertandingan Piala AFC Zon Asia Tenggara selepas membelasah wakil daripada Kemboja itu 5-1.

Stastistik Sanrawat Dechmitr

Walaupun bukan di antara penjaring gol, kehadiran Sanrawat di dalam pasukan nyata memberikan impak positif kepada KDA FC.

Berdasarkan statistik yang dikongsi oleh Opta, Sanrawat melakukan 96 hantaran di dalam perlawanan tersebut, dan melengkapkan 78 daripadanya.

Secara purata, pemain berusia 32 tahun itu berjaya melengkapkan 93% hantaran yang dilakukannya.

Sumber: AFC

Ini menjadikan beliau sebagai penghantar bola terbanyak dan terbaik di dalam perlawanan tersebut.

Berdasarkan heat map di atas, kehadiran pemain itu jelas menunjukkan dominasi pemain itu dalam mengawal bahagian tengah pasukan KDA FC.

Sumber: AFC

Di atas ini pila adalah sentuhan yang dilakukan oleh pemain itu sepanjang 90 minit perlawanan yang membuktikan kehadiran beliau di serata padang permainan.

Bukan sahaja kehadiran Sanrawat memberi kestabilan kepada bahagian tengah Kedah sehingga menyukarkan lawan merancang serangan, visi pemain itu yang berjaya melihat ruang dengan hantaran jauh mencari Ronald Ngah turut menjadi punca kepada jaringan keempat KDA FC yang disempurnakan oleh Fayadh Zulkifli.

Kongsi artikel ini