Erling Braut Haaland meneruskan aksi cemerlangnya bersama Borussia Dortmund dengan menjaringkan dua gol ketika menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) pada pertengahan minggu lalu.
Secara keseluruhan Haaland hanya beraksi selama 483 minit, meliputi 8 perlawanan sejak bergelar pemain Dortmund pada Januari lalu.
🇳🇴 Håland’s stats this season are INSANE.
• 29 games
• 39 goals
• 6 hat-tricks
• 11 goals in 7 games for Dortmund
• Hat-trick on his Bundesliga debut
• 10 goals in 7 UCL games (Against PSG, Liverpool & Napoli)
• Scored more UCL goals than Barça & Atleti19 years old. 😱
— FutbolBible (@FutbolBible) February 19, 2020
Ini bermakna Haaland menjaringkan 1 gol untuk setiap 44 minit perlawanan dimana beliau beraksi, atau dua menyamai hampir gol untuk setiap perlawanan.
Bersama RB Leipzig pada musim ini sebelum penghijrahan ke Bundesliga, Haaland merekodkan 29 gol dari 27 perlawanan dengan ratio 1.07 gol setiap perlawanan.
Ini adalah statistik yang menggerunkan bagi seorang pemain berusia 19 tahun.
Konteks kehebatan Haaland
Untuk menjelaskan konteks kehebatan pemain ini secara menyeluruh, ayuh kita bandingkan ratio rekod sepanjan zaman 1.77 gol milik penyerang Sporting Lisbon, Fernando Peyroteo.
Pemain Portugal itu menjaringkan 331 gol dari 187 penampilan untuk Sporting. Ini termasuk 34 dari 14 perlawanan pada musim pertama beliau yang menghasilkan ratio 2.5 gol setiap perlawanan.
Just a quick reminder for CL stats:
Messi: 10 goals after 22 games
Mbappe: 10 goals after 17 games
CR7: 10 goals after 21 games
Neymar: 10 goals after 18 games
Suarez: 10 goals after 18 gamesHAALAND: 10 GOALS AFTER 7 GAMES
These stats are unreal, this is my striker 😲 pic.twitter.com/IngCe8iJkG
— 🇰🇷 💛 (@MrAco09) February 19, 2020
Seperti Haaland, Peyroteo pernah menjaringkan sembilan gol dari satu perlawanan.
Haaland menjaringkan sembilan gol ketika bersama skuad Norway Bawah 20 membelasah Honduras di Piala Dunia B-20 sebelum ini.
Haaland vs pemain terhebat sepanjang zaman
Baiklah. Ayuh kita bandingkan pencapaian Haaland dengan pemain-pemain terhebat sepanjang zaman.
Seorang lagi pemain dari Portugal, iaitu legenda bola sepak dunia Eusebio memikili ratio jaringan 0.9 untuk setiap perlawanan.
Ratio ini adalah berdasarkan 532 gol yang dihasilkan dari 590 perlawanan rasmi direkodkan, manakala Pele pula mencatatkan ratio sebanyak 0.93 gol setiap perlawanan.
Nak jadi yang terbaik, kena berguru dari yang terbaik. Bagus budak ni. Muda-muda dah ada kesedaran.
Posted by Grandstand Kita on Wednesday, 19 February 2020
Penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid, Cristiano Ronaldo pula merekodkan ratio 1.03 gol setiap perlawanan kerika di La Liga.
Ronaldo menjaringkan 450 gol dari 438 perlawanan pada ketika itu. Manakala Lionel Messi pula merekodkan 433 gol dari 499 perlawanan untuk ratio 0.92 gol dalam pertandingan domestik.
Pada musim 2018/19 pula, penjaring paling prolifik di Eropah adalah Paco Alcacer yang menghasilkan purata 1 gol pada setiap 67 minit untuk Dortmund.
Rumusan
Sama ada Haaland mampu meneruskan rentak jaringan sedia ada, itu sesuatu yang semua pihak harus sabar dan nantikan.
Haaland dilihat akan beraksi lebih kerap selepas ini selepas prestasi yang beliau tampilkan untuk skuad Lucien Favre.
Sukar untuk membayangkan pemain ini tidak berada pada kesebelasan utama pasukan selepas sumbangan prolifik di hadapan gol yang beliau pamerkan.
He scores when he wants. The amazing Erling Haaland does it again. The 19 year old scored both goals as Dortmund beat PSG 2 – 1 in the Champions League. His stats are incredible. pic.twitter.com/nvqFxrn0Kw
— FOX SPORTS News (@FOXSportsNews) February 18, 2020
Namun akan ada banyak faktor lain yang akan mempengaruhi prestasi Haaland sepanjang karier beliau nanti. Kecederaan akan menjadi musuh utama.
Ia juga bergantung bagaimana beliau menjaga dirinya sebagai pemain profesional. Setakat ini, rekod dan ratio oleh Haaland belum lagi disaksikan di dalam bola sepak moden pada hari ini.
Â