Antara masalah yang sering menjadi isu perbincangan di kalangan penyokong Manchester United ialah mengenai masa depan David de Gea.
Penjaga gol No.1 Manchester United itu melakukan kesilapan ketika menentang Tottenham Hotspur menyebabkan masa depan beliau menjadi persaoalan.
Buat masa ini Ole Gunnar Solksjaer kelihatan seperti mempertahankan De Gea. Bekas pemain dan kapten Manchester United, Roy Keane pula tidak berselindung dalam kritikannya menghentam pemain itu.
Kemerosotan De Gea sejak 2018
Kesilapan dalam perlawanan menentang Spurs bukan satu-satunya yang merisaukan penyokong dan merungsingkan United.
Malah sebelum itu, penjaga gol dari Sepanyol ini telah melakukan kesilapan-kesilapan yang dianggap memalukan.
Jika anda masih ingat, antara perlawanan dimana De Gea melakukan kesilapan pada musim ini adalah ketika perlawanan menentang Everton, Watford adan Crystal Palace.
Lmao look at Ramos reaction to De Gea’s blunder pic.twitter.com/Ywhu7yv1na
— Jamal (@onlyYOUNGTalive) November 15, 2018
Namun ia sebenarnya bolej dikesan sejak Piala Dunia 2018 lagi selepas penjaga gol itu melepaskan gol mudah di kejohanan tersebut.
Mungkin posisi De Gea dianggap selamat selama ini, kerana saingan untuk merebut tempat sebagai penjaga gol utama di United hanya datang dari Sergio Romero.
Namun keadaan semasa sudah berbeza dan kini De Gea perlu bersaing dengan seorang lagi penjaga gol muda yang semakin menyerlah saban musim.
De Gea vs Henderson
Salah seorang penjaga gol terbaik di Premier League pada musim ini datangnya daripada Manchester United sendiri, iaitu Dean Henderson yang beraksi bersama Sheffield United secara pinjaman.
Solksjaer sendiri pernah mengaku Henderson akan menjadi penjaga gol No.1 pada masa depan.
"He will be England's No 1 and Manchester United's No 1, at some point."
– Ole Gunnar Solskjaer on Dean Henderson pic.twitter.com/YI7MPAT1AG
— United News Hub (@UnitedNewsHub) June 14, 2020
Dan ia mungkin juga berlaku seawal musim hadapan jika De Gea berterusan dengan kesilapan yang dilakukannya.
Hakikatnya Henderson kini beraksi lebih baik daripada De Gea. Perhatikan sahaja statistik yang disediakan oleh ESPN ini.
Dean Henderson beats David de Gea in every category 😳 pic.twitter.com/kPmOp6jqpo
— ESPN FC (@ESPNFC) June 30, 2020
Rumusan
Sebagai perbandingan yang lebih adil, skuad Manchester United yang beraksi bersama De Gea adalah lebih baik jika dibandingkan dengan skuad Sheffield United yang beraksi di sekeliling Henderson.
Berapa lamakah Solksjaer harus bersabar dengan De Gea? Atau soalan lebih tepat, sejauh mana kesabaran Henderson untuk menunggu peluang daripada Solksjaer dan United?
Untuk penjaga gol seperti Henderson, deretan kelab besar eropah lain bersedia untuk menawarkan tempat di dalam pasukan mereka. Dan jika itu berlaku, maka Solksjaer dan United hanya akan berputih mata.