Thibaut Courtois telah menghasilkan 21 clean sheets dalam semua pertandingan untuk Real Madrid pada musim ini.
Penjaga gol Belgium itu berpeluang menambah baik statistik tersebut ketika berhadapan Manchester City pada 8 Ogos hadapan.
Selepas pertemuan pertama di Santiago Bernabeu, Real Madrid ketinggalan 2-1 secara agregat.
Ini bermakna Courtois perlu memastikan gawang Los Blancos tidak dibocori di Etihad demi memastikan kemaraan ke suku akhir.
Back at it again 💪🏼! #HalaMadrid #ChampionsMode pic.twitter.com/PRHdWSQIn5
— Thibaut Courtois (@thibautcourtois) July 28, 2020
Bagaimanapun ia bukannya semudah itu jika statistik lali diambil kira. Manchester City ibarat racun buat Courtois dan penjaga gol dari Belgium itu memiliki rekod paling buruk ketika berhadapan pasukan dari Manchester itu sepanjang kariernya.
Untuk rekod, Courtois telah dibolosi sebanyak 11 kali dalam 9 pertemuan menentang Manchester City, dan terpaksa mengutip bola dari belakang gawang sendiri sekurang-kurangnya sekali dalam setiap perlawanan tersebut.
Rekod ini pasti menggusarkan Zinedine Zidane, walaupun keupayaan pertahanan Chelsea dan Real Madrid pada hari ini sukar untuk dilakukan perbandingan.
Getting ready for Manchester. Looking forward to the game! #ChampionsLeague 💫 #HalaMadrid pic.twitter.com/sH8RglbWjG
— Thibaut Courtois (@thibautcourtois) August 3, 2020
Daripada 9 perlawanan tersebut, Courtois menampilkan aksi paling teruk dalam perlawanan yang berlangsung pada 16 April 2016.
Courtois yang merupakan penjaga gol utama Chelsea pada ketika itu dibolosi tiga kali oleh hatrik Sergio Aguero untuk pasukannya tewas 3-0.
Prestasi terbaik Courtois ketika berhadapan Man City ialah ketika membantu The Blues menewaskan lawan tersebut 5-1 di aksi Piala FA selepas aksi memalukan beberapa minggu sebelumnya.
📊 Thibaut Courtois has managed 21 clean sheets across all competitions for Real Madrid this season. #ManCity are the team against whom he has the worst ratio of clean sheets per game.
👕 9 Games
❌ 11 Goals Conceded
🚫 0 Clean sheets[Marca] pic.twitter.com/SWn6nJ13lS
— City Chief (@City_Chief) August 3, 2020
Namun masih Courtois tetap dibolosi dalam perlawanan tersebut.
Di saingan Champions League, Courtois telah merekodkan 3 clean sheets dari lapan perlawanan untuk Real Madrid, 5 clean sheets ketika masih bersama Atletico Madrid, dan 5 lagi clean sheets ketika bersama The Blues .
Mampukah Real Madrid mengubah defisit 2-1 yang lalu? Adakah Courtois akan menjadi wira Los Blancos pada kali ini?