Kebenaran penonton hadir ke stadium telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan , Datuk Sri Ismail bin Sabri Yaakob pada hari semalam dengan mengikut SOP ketat yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Kejohanan sukan di stadium/venue dengan kehadiran penonton dibenarkan berkuat kuasa 1 April 2021 pic.twitter.com/vwEdPUZZlh
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) March 18, 2021
Berita ini pasti disambut gembira oleh semua penyokong-penyokong tempatan seluruh negara yang tidak sabar mahu turun ke stadium bagi memberikan sorakan kepada pasukan kesayangan mereka.
Penonton sukan tanah air dibenarkan kembali ke stadium secara bersyarat bermula 1 April 2021. @FAM_Malaysia @MFL_MY @hockeymalaysia @msiancubprix @MSNMALAYSIA @KBSMalaysia @MKNJPM pic.twitter.com/8H2tMwMthq
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 18, 2021
Para penyokong-penyokong JDT dan Boys of Straits tidak lama lagi akan dapat kembali ke stadium Sultan Ibrahim setelah tidak dapat melakukannya ketika wabak Covid-19 mula melanda sejak liga ditangguhkan pada 16 Mac 2020.
Pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka United FC pada 2 April 2021 dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah FC pada 3 April 2021 dijadikan projek perintis bagi perlawanan kemasukan penonton pada Liga Malaysia musim ini
Justeru 2 April 2021 , tarikh yang pasti akan ditunggu oleh penyokong untuk memasuki stadium di mana skuad Benjamin Mora akan melayan kunjungan Melaka United.
Good morning to all JDT family around the world. pic.twitter.com/8ljjP9yzxz
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 18, 2021
Bagaimanapun hanya seramai 2000 penonton atau 10% daripada kapasiti tempat duduk yang akan dibenarkan masuk kerana negeri Johor masih lagi di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut penetapan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara.
Penyokong bola sepak merupakan pemain ke 12 yang menghangatkan suasana dalam stadium dalam memberikan gegak gempita ketika perlawanan berlangsung.
Justeru , Presiden Kelab Penyokong Bolas Sepak Johor Darul Ta’zim (KPBJDT) saudara Azman Jalil yang ditemubual Utusan Malaysia berkata , para penyokong diingatkan supaya tidak mensia-siakan kepercayaan dan wajib mematuhi segala operasi standard (SOP)
Tambahnya lagi , pihak stadium juga perlu memperbanyakan laluan masuk dan keluar stadium bagi mengelakkan kesesakan kerana sudah pasti memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengawal pergerakan penyokong di luar dan dalam stadium.
Pengurusan Pasukan Liga Malaysia Diminta Buat Persiapan Awal Terima Kemasukan Penonton Ke Stadiumhttps://t.co/8tvfiO6LUv
— VOCKET FC (@vocketfc) March 16, 2021
Namun , ia sudah pasti tidak menjadi masalah kepada kelab JDT kerana mereka mempunyai marshall yang cukup dan bersedia untuk bertugas pada perlawanan akan datang.
ONLY JDT FC HAVE THEIR OWN MARSHALLS AT STADIUM
At every match, JDT will have at least 1000 security staff in charge of ensuring safety of all fans including the marshalls known as the Larkin Stadium Marshalls.
Find out more at https://t.co/q79RqYQfKz pic.twitter.com/JHRbJCT7Fx
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 28, 2018
Setahun sunyi tanpa sorakan penyokong pasti tidak akan dilupakan , namun kebenaran yang telah diberikan oleh kerajaan sangatlah dihargai terutama daripada Malaysia Football League (MFL) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kedua-dua entiti ini mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan atas kebenaran yang amat ditunggukan oleh peminat.