Gelanggang rasmi milik PSM Makassar, Stadium Andi Mattalayya kini telah berubah wajah menjadi kebun sayur.
Stadium kebanggaan penduduk Sulawesi Selatan itu kini telah dua bulan sunyi sepi selepas saingan Liga 1 Indonesia ditangguhkan akibat penularan wabak global yang memberi masalah kepada seluruh dunia.
Seperti mana saingan Liga Malaysia, nasib Liga 1 Indonesia juga masih samar sama ada akan disambung kembali.
Beberapa hari lalu, tular di media sosial di kalangan netizen negara jiran bahawa stadium tersebut telah berubah wajah menjadi kebun kangkung!
Kandang PSM Makassar, Stadion Andi Mattalata menjadi ditanami sayur. Stadion kebanggaan publik Sulawesi Selatan itu sudah lebih dua bulan menganggur. https://t.co/2j7YYjAuiR
— detiksport (@detiksport) May 22, 2020
Penjaga stadium tersebut, dikenali sebagai Sanusi Uci berkongsi kisah sebenar di sebalik penularan tersebut kepada detik.com.
“Jadi ini bukan kebun, ini sayur. Kangkung, bayam, ini tanaman jangka pendek. Jadi saya jual seharga Rp 20.000 dan hasilnya saya bahagikan kepada penghuni di sekitar kompleks stadium.
“Kerena saya mahu memberikan wang, tetapi tidak cukup. Untuk kegunaan saya sendiri pun tidak cukup, jadi [tanam sayur] ada manfaatnya,” kata Uci kepada detikcom.
Sanusi, berusia 74 tahun, menjelaskan kegiatan bertanam sayur dilakukan untuk menghidupi dirinya bersama warga lain yang tinggal di sekitar stadium akibat berhentinya Shopee Liga 1 2020.
Lama Tak Dipakai Stadion PSM Makassar Ditanami Kangkung dan Sawi https://t.co/JMZLIG2wOu
— SuperBall.id (@tribunSUPERBALL) May 21, 2020
Keadaan sekeliling stadium yang telah dipenuhi rumput kemudian dimanfaatkan untuk menanam sayur dalam jumlah 5 petak.
“Jika saya tak bersihkan, boleh lihat sendiri di bahagian utara dan timur stadium rumputnya adalah 1 meter. Sekarang rumput di tempat saya uashakan tanam kangkung paling panjang 5 cm,” jelas Sanusi.
Sanusi juga berkata perbuatan beliau tidak berniat atau merosakkan mana-mana bahagian di dalam stadium tersebut. Malah beliau sudah mendapat keizinan daripada pihak pengurusan stadium untuk bertanam sebagai langkah sementara.
View this post on InstagramA post shared by RED GANK (@redgank_psm) on
“Kalau ada lagi (Liga) kami pulihkan kembali keadaan seperti semula. Saya takut juga kalau ia rosak di bawah tanggungjawab saya. Atas saya ada atasan saya, nomor dua Timpro.
“Kalau dari pihak pengurus stadium kata, kalau jangka pendek silakan asal tidak merosak [kemudahan]. Kalau jangka pendek, sayur ini cuma ambil masa 20 hari, Kalau jangka panjang kelapa, mangga, itu jangka panjang
“Ini 20 hari sudah boleh dituai dan benihnya saya beli sendiri,” terangnya.