Sri Pahang Sambar 3 Pemain Baharu, Termasuk Pemain Uzbekistan Ganti Johan Martial

Sri Pahang FC pada hari ini mengumumkan telah menyambar tiga muka baharu untuk memperkuatkan skuad Tok Gajah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Antara pemain yang dibawa masuk adalah pemain pertahanan tengah antarabangsa Uzbekistan, Sherzod Fayziev.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SRI PAHANG FC (@officialsripahang)

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh kelab itu di media sosial, kehadiran Sherzod Fayziev adalah untuk menggantikan Johan Martial yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Berusia 30 tahun, Sherzod Fayziev pernah menyarung jersi Metallurg BK, AGMK Olmaliq, Sogdiana dan Lokomotiv Tashkent di Liga Uzbekistan.

Walaupun pertama kali beraksi di luar negaranya, Sherzod Fayziev memiliki pengalaman luas pernah beraksi di pertandingan elit AFC Champions League dan beberapa kejohanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Uzbekistan.

Turut menjadi rekrut baharu pasukan itu di jendela perpindahan kedua Liga Malaysia ialah pemain kacukan Filipina-Jerman, Kevin Langbenh Ingreso.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SRI PAHANG FC (@officialsripahang)

Berusia 29 tahun, pemain itu dibawa masuk untuk menggantikan pemain antarabangsa Laos, Billy Ketkeophompone setelah pemain yang pernah berpengkalan di Ligue 1 itu mengalami kecederaan jangka masa panjang.

Merupakan produk akademi Hamburger SV di Jerman, Kevin sebelum ini pernah beraksi bersama BG Pathum di Liga Thailand.

Turut diumumkan bersama dua pemain asing itu adalah Mior Dani Mior Arifin, yang didatangkan secara pinjaman dari kelab Liga Premier, Kelantan FC.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SRI PAHANG FC (@officialsripahang)

Merupakan seorang pemain tengah bertahan, Dani merupakan bekas pemain PKNS FC dan Selangor II.

Kontrak pemain berusia 23 tahun itu bersama Sri Pahang adalah sehingga ke penghujung musim ini.

 

Kongsi artikel ini