Pada minggu lalu CEO dan juga Presiden Sony Interactive Entertaiment, Jim Ryan mengesahkan ‘masa depan Playstation’ akan diumumkan kepada ramai melalui platform atas talian.
Acara yang dijadualkan pada 4 Jun 2020 itu kemudiannya terpaksa ditunda ke tarikh lain.
Melalui satu kenyataan yang dikongsi di media sosial, Sony berpendapat keadaan dan kejadian di seluruh dunia pada hari ini tidak sesuai untuk meraikan pengumuman pengeluaran rasmi PS5.
— PlayStation (@PlayStation) June 1, 2020
“Kami telah memutuskan untuk mnangguh acara PlayStation 5 yang dijadualkan pada 4 Jun.
“Kami memahami gamers di seluruh dunia sedang teruja melihat permainan PS5 yang baharu. Tetapi kami berpendapat sekarang bukanlah masa yang tepat untuk meraikan.
“Kami memilih untuk berdiam diri dan membenarkan ruang untuk suara yang lebih penting untuk didengari oleh semua pihak,” ujar kenyataan tersebut.
Sony has postponed its PS5 reveal event indefinitely. pic.twitter.com/SMOyD2QoDM
— IGN (@IGN) June 1, 2020
Sony sebelum ini bersedia untuk berkongsi beberapa permainan baharu untuk edisi awal PS5 melalui platform streaming mereka.
Melalui pendedahan pada 29 Mac lalu, Ryan turut berkata beberapa perkara penting menanti gamers pada konsol permainan baharu itu.
Ryan menyifatkan PS5 sebagai masa depan untuk permainan video.
“Kami telah berkongsi spesifikasi teknikal kepada anda dan menunjukkan alat kawalan tanpa wayar DualSense. Tetapi apakah maknanya pelancaran tanpa permainan?
“Kerana itulah saya teruja untuk berkongsi permainan yang boleh dimainkan pada platform PS5 selepas ia dilancarakan nanti.
“Permainan-permainan untuk PS5 ini akan didatangkan daripada yang terbaik dalam inovasi studio dan industri.
“Semua pihak, baik dari syarikat yang memiliki studio besar mahupun lebih kecil, atau syaikat yang sudah dikenali ramai telah bekerja keras membina permainan yang akan menampilkan potensi konsul ini.”
Sehingga artikel ini ditulis, belum dapat disahkan tarikh rasmi konsol PS5 akan dilancarkan kepada umum.
PS5 dijadualkan akan keluar pada musim cuti 2020 ataupun pada Disember tahun ini. Namun banyak spekulasi menyatakan ia juga mungkin akan dilancarkan pada bulan November ini.