Konsol PlayStation 5 secara rasminya telah diperkenalkan.
Gamers di seluruh dunia sememangnya ternanti-nanti akan salah satu pengumuman terbesar di dalam industri permainan video ini untuk melihat sendiri rupa sebenar konsol ini.
…and here it is. Thanks for watching! #PS5 pic.twitter.com/pOzHc31X3G
— PlayStation (@PlayStation) June 11, 2020
Sehingga kini hanya sedikit butiran telah dikongsi mengenainya.
Namun video rasmi yang disiarkan secara atas talian semalam sedikit sebanyak memberi bayangan apa yang akan ditawarkan oleh konsol terbaru ini apabila ia mulai memasuki pasaran.
Video tersebut bermula dengan permainan yang akan dimainkan di PS5, termasuk: Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Gran Turismo 7, Ratchet and Clank: Rift Apart and Project Athia.
Sony gives a detailed look at the new PS5 controller 👀 #PS5Reveal pic.twitter.com/f92TLgLjKK
— B/R Gaming (@BRGaming) June 11, 2020
Namun salah satu perkara yang paling mencuri tumpuan adalah sepesifikasi controller yang akan disertakan dengan konsol terbaru ini.
Konsol ini menyokong paparan 4k Ultra HD Blue-Rau dan disertakan dengan Ultra-High Speed SSD beserta ray tracing.
Rekaan controller turut menjanjikan pengalaman sentuhan mengujakan bagi gamers.
Ia disertakan dengan pencetus tambahan (adaptive triggers), sensor gerakan, mikrofon dan speaker dalaman, bicu headset, dan pot USB.
3D Audio turut sah disertakan. Anda boleh menyemak melalui video yang dikongsikan di bawah:
Harapannya sudah pasti agar konsol ini segera boleh dimiliki oleh gamers.
Gamers telah memberi pelbagai spekulasi mengenai rekaan konsol ini sepanjang satu tahun yang lalu.
Rekaan yang diperkenalkan Sony ini juga pasti digemari oleh ramai apabila ia mulai memasuki pasaran.
Spesifikasi lengkap PS5 ini hanya akan diketahui apabila ia memasuki pasaran selewat-lewatnya hujung tahun ini.