Expand To Show Full Article
Son Heung-Min Lapor Diri Untuk Latihan Ketenteraan - Grandstand Kita

Son Heung-Min Lapor Diri Untuk Latihan Ketenteraan

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min telah melaporkan diri di kem tentera pada Isnin untuk memulakan latihan ketenteraan selama tiga minggu di selatan Pulau Jeju.

Son akan menjalani latihan sehingga 8 Mei untuk memenuhi tuntutan ketenteraan selepas memenangi pingat emas untuk negaranya di Sukan Asia 2018.

Jika tidak, mana-mana rakyat Korea Selatan (lelaki) wajib mengikuti latihan ketenteraan selama dua tahun.

Tetapi Son diberikan kelonggaran untuk melakukan latihan asas dan khidmat komuniti selama 544 jam yang boleh dilakukan sepanjan tempoh 34 bulan.

Langkah itu adalah untuk membenarkan beliau terus bergelar atlet profesional.

Semua atlet lelaki Korea Selatan yang berjaya membawa pulang pingat emas di Sukan Asia dan Sukan Olimpik dikecualikan menyertai penuh latihan ketenteraan.

Latihan ketenteraan meliputi latihan tentera darat dan laut akan dijalankan selama empat minggu.

Son sebelum ini menggesa peminat dan wartawan untuk menjauhkan diri dari kem latihan, sesuai dengan kempen dan arahan penjarakan sosial yang sedang dilakukan di seluruh dunua.

Namun ia tidak menghalang sekurang-kurangnya 100 orang yang terdiri dari penyokong dan wartawan menunggu ketibaan pemain itu ketika melapor diri.

Son adalah produk FC Seoul sebelum bakat beliau disambar oleh Hamburger SV pada 2010.

Beliau kemudiannya menyertai Bayern Leverkusen pada 2013, sebelum tiba di England bersama Spurs dua tahun kemudian.

Musim lalu, Son berjaya membantu kelab London itu mara ke perlawanan akhir UEFA Champions League sebelum dikecewakan oleh Liverpool di perlawanan akhir.

 

Kongsi artikel ini