Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan pemain baharu, Odion Ighalo akan menyertai skuad kendaliannya berhadapan Chelsea pada Isnin hadapan.
Pengesahan oleh Solksjaer itu tiba walaupun Ighalo tidak menyertai kem latihan United di Sepanyol akibat masalah perundangan imigresen yang diperketatkan kerajaan Sepanyol kerana Coranavirus.
Penyerang dari Nigeria berusia 30 tahun itu menyertai United secara pinjaman pada hari terakhir jendela perpindahan Januari dari Shanghai Shenhua.
Solksjaer melalui laman sesawang rasmi kelab memberitahu Ighalo akan berada di dalam skuad dan mungkin mempunyai peranan penting untuk membantu kelab tersebut merebut empat tempat teratas liga.
Can Ighalo do this against Chelsea on Tuesday?
Man Utd's new man certainly loves a goal against Liverpool đź‘€#OptusSport #PL #CHEMUN pic.twitter.com/uFVqq8pVm5
— Optus Sport (@OptusSport) February 12, 2020
“Yeah, dia akan menyertai kami,” ujar Solskjaer.
“Kita akan lihat hasil latihan kecergasan yang dilakukannya pada minggu ini, dan kita akan menjadikan beliau bersedia untuk perlawanan.
“Kita mahu beliau menyesuaikan diri secepat mungkin dengan pasukan, dan ya, beliau juga sudah tidak sabar beraksi.”
Ighalo dalam temuramah pertamanya selepas kembali di England berkata beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima pemotongan gaji untuk memastikan perpindahan ke Manchester United menjadi kenyataan.
Pemain antarabangsa Nigeria itu turut mengakui beliau tidak tidur malam ketika rundingan untuk beliau ke Old Trafford sedang dilakukan.
“Pada 11pm di Shanghai ejen menghubungi saya memaklumkan United mahu meneruskan urusniaga. Jadi pada malam itu saya bangun dan mendapatkan penterjemah untuk pergi ke kelab bilik pengarah [Shanghai Shenhua].
“Saya maklumkan ejen saya mahu bercakap kepada anda. Manchester United mahukan saya, dan anda harus memastikan perkara ini terjadi.”
Ighalo dan ejennya kemudian menghabiskan masa sepanjang malam melakukan rundingan dan melakukan kertas kerja untuk memastikan mampu mengejar waktu akhir jendela perpindahan [7am] di Shanghai.
Kini terpulang kepada Ighalo untuk mendiamkan pengkritiknya sambil mencapai impiannya bersama Manchester United.