Solksjaer Tidak Berlapik, Terang-Terangan Salahkan Mourinho

Ole Gunnar Solskjaer tidak teragak-agak menyindir Jose Mourinho dalam kenyataan terbarunya.

Terbaru, Solksjaer mendakwa beliau mempunyai banyak perkara untuk dibetulkan di Manchester United setelah mengambil alih jawatan pengurus dari jurulatih Portugal itu di Old Trafford.

Kenyataan tersebut merujuk kepada masalah yang dibawa oleh Mourinho sejak bergelar pengurus United pada 2016.

Skuad kendalian Solksjaer sepatutnya berkunjung ke Tottenham Hotspur pada malam ini sebelum perlawanan tersebut ditunda oleh pihak Premier League akibat penularan wabak Covid-19.

Menurut Solksjaer kelab itu berada dalam keadaan huru hara ketika beliau tiba untuk mengambil alih dari pengurus Portugal itu pada 2018.

“Saya merasakan banyak perubahan perlu dilakukan [ketika baru dilantik sebagai interim],” kata Solksjaer.

“Hanya sekarang saya percaya kelab ini [Man Utd] memiliki hala tuju. Saya percaya Man United berada di landasan yang sepatutnya kami berada.

“Terdapat pelbagi kaedah dan budaya kerja di kelab berlainan, tetapi saya yakin dengan cara kerja yang kami amalkan di Man United sekarang.

“Sebelum ini [era Mourinho] saya tidak percaya bagaimana perkara dikendalikan di sini, tetapi sekarang saya mulai percaya dengan cara semua pihak di sini bekerja.”

United kini tidak tewas dalam 11 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan. Terbaru skuad kendalian Solksjaer menewaskan LASK 5-0 di pertandingan UEFA Liga Europa.

Namun perlawanan timbal balik pertandingan eropah itu di Old Trafford masih samar ekoran penularan wabak Covid-19 di eropah.

Prestasi terkini United menghilangkan sedikit tekanan terhadap Solksjaer yang dikritik selepas prestasi tidak menentu pasukan itu sejak awal musim.

Malah juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali itu kini berada di landasan terbaik untuk bersaing merebut tempay ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan.

“Saya berpendapat saya adalah pilihan tepat [sebagai pengurus Man United], tetapi saya tidak akan duduk di sini untuk bercakap mengenai hal ini,” ujar Solksjaer lagi.

“Buktikanya akan dilihat pada hasil akhir nanti,’ ujar beliau dengan nada yakin.

Tatkala United cemerlang, Spurs pula kini tanpa sebarang kemenangan dalam semua enam perlawanan di semua pertandingan.

Ia tidak dibantu Mourinho dengan masalah kecederaan yang melanda skuad utamanya – termasuk Harry Kane dan Son Heung-Min.

Solksjaer sendiri terpaksa menharungi musim ini dengan krisis kecederaan yang tidak pernah putus membabitkan pemain skuad utama.

Sehingga kini, bintang Perancis Paul Pogba dan Marcus Rashford adalah antara pemain yang belum pulih.

“Saya tidak ada bercakap mengenai dua pemain ini, bukan?” tanya Solksjaer kepada wartawan yang ternanti-nanti.

“Saya hanya mahu memberikan fokus kepada [pemain] yang cergas, dan yang boleh diturunkan.

“Pemain yang baru masuk kini berpeluang untuk merebut tempat di dalam pasukan. Ia adalah sebahagian daripada permainan apabila anda mengalami kecederaan.

“Kita [Man United] beraksi dengan baik walaupun tanpa beberapa pemain utama sepanjang musim ini.”

Kongsi artikel ini