Slaven Bilic Di Pecat Sam Allardyce Kembali Menjadi Pengurus

Pengurusan lembaga tertinggi kelab West Bromwich Albion telah membuat pengumuman di dalam laman media sosial rasminya telah memecat jurulatih kelab itu Slaven Bilic berkuatkuasa serta merta.

Jurulatih yang berasal dari negara Crotia ini telah menjadi pengurus pertama yang dipecat pada musim 2020/2021 di dalam Liga Perdana Inggeris selepas mengharungi 13 perlawanan.

Perlawanan terakhir beliau bersama West Bromwich Albion ialah menentang Manchester City yang menyaksikan kelab itu cuma mendapat keputusan seri sahaja awal pagi Rabu.

The Howthorn kini menghuni di tangga ke 19 dengan hanya mengumpul satu kemenangan , empat keputusan seri dan lapan kekalahan.

Dalam sidang media selepas perlawanan dengan Manchester City , beliau tenang mengenai masa depannya dan tidak pedulikan apakah yang berlaku dalam kelab dan cuba membuat yang terbaik untuk kelab.

Tetapi jodoh Slaven Bilic berusia 52 tahun hanya dapat bertahan di kelab itu selama 18 bulan sahaja selepas beliau mengambil alih dari James Shan pada 16 June 2019.

Beliau berusaha gigih memperbaiki prestasi pasukannya dan berjaya menaikkan pangkat West Bromwich ke Liga Premier Inggeris  mengiringi Leeds United walaupun sekadar seri dengan Queen Park Rangers musim 2019/2020.

West Bromwich Albion telah membelanjakan hampir £42 juta untuk membawa tujuh pemain baru termasuk bekas pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic 36 tahun dari ke Zenit Russia bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan sengit di dalam liga premier ini untuk musim 2020/21

Bagaimanapun , pengurusan kelab  tidak menunggu masa yang lama bagi menggantikan Slaven Bilic. Selepas kenyataan pemecatan jurulatih tersebut , kelab terus mengumumkan perlantikan Sam Allardyce sebagai pengurus baru bagi mengharungi perlawanan yang seterusnya.

Sam Allardyce adalah nama besar sebagai seorang jurulatih di EPL. Beliau pernah menjadi beberapa jurulatih kelab seperti Newcastle United , Milwall serta West Ham United.

Kelab terakhir beliau sebagai seorang pengurus ialah Everton pada tahun 2017 sebelum meninggalkan kelab itu selepas berakhirnya musim 2017/2018

Kongsi artikel ini