Skuad Wanita Bangladesh Ajar Malayan Tigress Cara Bermain Bola Sepak Sebenar

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan atau lebih Malaysan Tigress tewas dengan kekalahan besar 0-6 kepada Bangladesh di stadium Bir Sherestha Shaheed Shipahi Mostafa Kamal dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 sebentar tadi.

Pasukan di bawah pengendalian Jacob Joseph ini terbang ke Dhaka Bangladesh dalam persiapan Β  menghadapi Kejuaraan AFF Wanita 2022 yang akan diadakan Binan City, Manila pada Julai ini.

Bangladesh tidak perlu menunggu masa lama untuk menjaringkan gol. Pada minit ke-9 , Mossamat Akhi Khatun membuka akaun gol pertama sebelum menjaringkan gol yang kedua pada minit ke 29.

Sabina Khatun dan Mossamat Sirat Jahan menambahkan dua gol sebelum berakhir separuh masa pertama dengan kedudukan 4-0.

Bersambung babak kedua , anak buah Joseph buntu dan tidak mempunyai peluang untuk melancarkan serangan malahan teruk dibuli oleh Bangladesh sehingga mendapatkan dua lagi jaringan gol yang menyaksikan Malaysia tewas 6-0 tamat perlawanan.

Kemenangan bergaya Bangladesh dalam perlawanan persahabatan ini seperti menebus dendam ketika pasukan bola sepak lelaki Bangladesh tewas kepada Malaysia 4-1 pada 14 Jun lalu yang melayakkan Harimau Malaya melangkah ke Piala Asia 2023 secara merit.

Β 

Kongsi artikel ini