Pada 25 tahun yang lalu ada cerita menarik di Stadium Shah Alam. Pada ketika itu Selangor dibimbing oleh Ken Worden,pembantu jurulatih adalah K.Rajagopal dan ketua pasukan Ismail Ibrahim memenangi Piala Malaysia 1995.
Seluruh Selangor bergembira meraikan kemenangan ini selepas kali terakhir dimenangi oleh The Red Giants ini adalah pada 1986. Kisah ini juga boleh dilihat oleh semua pengunjung Muzium Negeri Selangor.
Memetik satu wawancara eksklusif di Astro Arena,Ismail Ibrahim menceritakan Menteri Besar Selangor ketika itu,Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib telah membuat pengumuman untuk menganugerahkan sebidang tanah kepada setiap pemain dan pegawai pasukan pasukan Selangor 1955 yang ketika itu menumpaskan Pahang 1-0 .
Namun sehingga kini masih tidak menerima ganjaran yang dijanjikan. Ismail Ibrahim berharap tuntutan ini akan dipertimbangkan dengan sebaiknya mengambil kira telah memberi ruang dan peluang yang cukup lama sehingga terpaksa mendedahkannya pada hari ini selepas hilang sabar.
Exco Kerajaan Selangor ketika itu menjanjikan tanah berkeluasan 0.4 hektar untuk semua individu terlibat. Sehingga kini,tiada sebarang respons daripada kerajaan Selangor meskipun pernah disuarakan oleh Allahyarham Anuar Abu Bakar.