Skuad Bintang Beckham Tewas Kepada Pasukan Sumo Gamit Kenangan Lama

Adakah saiz menjadi keutamaan di dalam bola sepak?

Mari kembali ke tahun 2002 dan mengingati pada ketika antara barisan pemain terbaik dunia menentang skuad bola sepak yang dianggotai ahli gusti sumo untuk satu iklan klasik.

Syarikat minuman berkarbonat terkenal, Pepsi pernah mengeluarkan satu iklan sempena Piala Dunia 2002 yang buat pertama kali diadakan di Asia. Ia berjaya mencuit kebanyakkan daripada kita pada ketika itu.

Apa tidaknya. Pepsi telah mengumpulkan beberapa pemain bintang bola sepak utama dunia pada era tersebut, diketuai oleh David Beckham.

Lawan mereka adalah bukan calang-calang lawan , tetapi 6 rikishi sukan Sumo yang kita ketahui amat mahir dalam sukan tempur.

Selain daripada David Beckham – England & Manchester United skuad Pepsi turut dianggotai oleh Juan Veron – Argentina & Manchester United; Roberto Carlos – Brazil & Real Madrid; Dwight Yorke – Trinidad & Tobago, & Manchester United; dan juga Rivaldo – Brazil & Barcelona.

Beberapa pemain lain seperti Edgar Davids – Holland & Juventus; Gianluigi Buffon – Italy & Juventus; Emmanuel Petit – France & Chelsea; Rui Costa – Portugal & AC Milan; Raul Gonzalez – Spain & Real Madrid; Pavel Nedved – Czech Republic & Juventus turut melakukan penampilan.

Secara keseluruhan, nilai skuad yang diketuai oleh David Beckham pada ketika itu ialah Skuad Pepsi yang mempunyai nilai £175 juta.

Nilai tersebut pasti berbeza dan jauh lebih tinggi jika pasaran pemain pada hari ini dijadikan ukuran.

Berapa mahal pun skuad yang diketuai Beckham pada ketika itu, mereka tetap tewas kepada skuad anggota sumo itu. Mungkin, ia sekadar iklan.

Anda boleh saksikan video perlawanan tersebut di atas. Berbalik kepada soalan asal di perenggan pertama: Adakah Saiz Menjadi Keutamaan?

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email